Saya agak tertanya –tanya bila melihat ‘PUBLIC TOILET 1 MANUSIA’ disebuah restoran di Kuching baru-baru ini. Kata isteri saya , maksud toilet satu manusia itu hanya seorang boleh masuk pada satu waktu. Tapi rasa saya maksudnya ialah ‘unisex’ . Tandas tersebut boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan. Betullah kata perumpamaan Melayu “Lama hidup banyak dirasa, jauh perjalanan banyak pandangan”
Allah juga menggalakkan kita berjalan, bermusafir supaya kita dapat mengambil pengajaran dari apa yang kita lihat. Firman Allah yang bermaksud :
“Pergilah berjalan ( mengembara) dimuka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah ( Surah al An’am ayat 11)
“Katakanlah : Jelajahi muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat ( yang menimpa) orang yang berdosa” ( surah an Naml ayat 69)
Imam As Syafi’ie Rahimahullah ada menukil sebuah syair tentang galakan merantau:
Tiadalah ketenangan ditempat kediaman
bagi orang yang cerdik dan berpekerti
bagi orang yang cerdik dan berpekerti
maka tinggalkanlah tanah air dan merantaulah......
Bermusafirlah , kamu akan peroleh pengganti
bagi sesiapa yang kamu berpisah
bagi sesiapa yang kamu berpisah
bersungguh-sungguhlah
kerana kemanisan hidup itu ada pada kesungguhan
kerana kemanisan hidup itu ada pada kesungguhan
Sungguh kulihat
air yang bertakung itu mengeruhkan
air yang bertakung itu mengeruhkan
sekiranya ia mengalir , ia menjadi jernih
sekiranya tidak mengalir ia kekal keruh
Sang Singa jika tidak meninggalkan tempatnya,
ia tidak akan dapat membaham mangsa
ia tidak akan dapat membaham mangsa
dan anak panah pula jika tidak meninggalkan busurnya
ia tidak akan mengenai sasaran
ia tidak akan mengenai sasaran
Pergilah mengembara, mudah-mudahan dengan pengembaraan itu kita dapat banyak belajar dan sekaligus dapat menguatkan keimanan kita . Insyaa Allah.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment