Siapa kata orang-orang Melayu tidak rajin ? Di kampung-kampung mereka bangun awal pagi, sebelum subuh pergi menoreh getah. Di laut pula , saya pernah menyewa bot pergi memancing. Mereka tidak tidur selama 24 jam, membawa kaki pancing dari lokasi ke lokasi yang banyak ikan.
Di Bandar pula , orang-orang Melayu sampai lewat ke rumah tiap-tiap malam balik dari kerja. Memang mereka rajin bekerja , tapi ramai yang mengorbankan solat mereka. Mengorbankan waktu yang sepatutnya bersama-sama anak dan keluarga. Mengorbankan tanggung jawab mendidik anak-anak, menyerahkan segala-galanya kepada orang gaji. Kadang-kadang mengorbankan kesihatan mereka sendiri , kerana tidak hidup dengan seimbang.
Oleh itu , di sini secara ringkas di cadangkan apakah yang di maksudkan dengan hidup seimbang. Mudah mudahan ia dapat dijadikan titik tolak kearah kehidupan yang lebih sempurna, ketenangan dalaman dan kejayaan dunia dan akhirat.
8 BIDANG PERANCANGAN KEARAH HIDUP SEIMBANG
1. KEROHANIAN – Hubungan anda dengan Allah . Bagaimana anda boleh meningkatkan keimanan ? Apakah perkara atau amalan yang boleh membimbing anda ke arah syurga ?
2. KELUARGA – Apa yang anda rancang untuk keluarga tahun ini ? Lebih masa bersama mereka , luangkan masa untuk bercuti ? Persekitaran rumah yang lebih selesa ? Anda mesti membuat perancangan yang khusus ( specific)
3. KESIHATAN – Badan anda adalah satu peralatan penting untuk bekerja , beramal dan berkeluarga. Jaga dan beri perhatian lebih terhadap kesihatan anda.
4. KEWANGAN – Bagaimana untuk berjimat . Apa yang perlu penumpuan perbelanjaan . Mampukah anda menderma atau membantu orang yang memerlukan
5. PENDIDIKAN – Ini bukanlah setakat kelulusan akademik semata-mata. Bukan untuk mempamirkan sijil-sijil anda , tapi rancang juga ilmu –ilmu yang bermanfaat sama ada di dunia dan akhirat.
6. KEMASYARAKATAN – Libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan , ziarah, gotong royong, hiburan yang dihalalkan dan lain-lain aktiviti yang boleh merapatkan ukhwah.
7. SUMBANGAN – Sama ada dalam bentuk material atau pun ilmu. Yakinlah , anda akan lebih gembira bila anda memberi.
8. KERJA – Sama ada di pejabat , rumah , berniaga atau apa-apa pun . Perancangan amat mustahak.
Kita orang-orang Islam di kurniakan Allah pemikiran dan di pimpin oleh ajaran agama yang suci Islam . Sentiasalah tingkatkan keimanan kita dengan menuntut ilmu di ikuti dengan doa , mudah-mudahan kita akan bahagia di dunia dan lebih bahagia di akhirat. In shaa Allah.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment