Sunday, September 22, 2013

VIRUS KEIMANAN




Dulu , pada awal tahun lapan puluhan di katakana tahun kebangkitan ‘Kefahaman Islam’ di Malaysia. Wanita Melayu Islam mula memakai tudung ( menutup aurat) dengan sempurna. , makanan halal, saperti mee, kicap dan bahan-bahan lain mula di titik beratkan. Qiammullail atau  apa yang dikatakan ketika itu sebagai ‘kolokium’ di hadiri ramai jemaah hingga ‘full house’

Pada peringkat yang lebih tinggi ekonomi Islam dan Politik Islam mula dibincangkan hingga lahirlah Bank Islam pertama ketika itu. Alhamdulillah , keadaan bertambah baik hingga ke hari ini. Apa yang menyedihkan saya ialah, ada sahabat –sahabat yang sama-sama ‘berubah’ ketika itu telah mula surut semula. Ada yang tidak lagi berjemaah ke mesjid dan surau. Ada wanita Islam sudah membuka aurat. Malah ada ustaz-ustaz yang tidak ustaz lagi.

Apakah agaknya penyebab kepada kelemahan ataupun penurunan iman ini ? Sebagai iktibar , eloklah kita lihat ciri-ciri VIRUS KEIMANAN dibawah ini supaya ia tidak menjangkiti kita , keluarga dan masyarakat kita di masa-masa mendatang.

1. Gagal menuntut ilmu pada kadar berterusan

2. Hidup dalam biah ( suasana) yang berdosa dan maksiat yang melemahkan keimanan.

3. Terlalu tertumpu kepada hal keduniaan dan mengabaikan urusan akhirat.

4. Tidak mendatangkan kesan baik, insaf bila mendengar ayat-ayat Al-Qur’an dibacakan.

5. Mudah terjerumus melakukan dosa dan perbuatan perbuatan dosa. Hati-hati yang di penuhi sifat-sifat tamak, dengki, kedekut ini tidak akan dapat menampung keimanan pada waktu yang sama.

Selain dari kelemahan individu ini ada juga sifat-sifat yang diamalkan masyarakat Islam :

1. Tidak berasa tanggung jawab untuk bekerja kearah peningkatan penghayatan masyarakat Islam.

2. Kurang ambil peduli hal-hal masyarakat Islam atas dasar ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’

CARA MENGHAPUSKAN VIRUS KEIMANAN 

1. Semak hubungan kita dengan Allah dan arahannya.

2. Semak keyakinan dan keimanan kita.

3. Semak hubungan kita dengan masyarakat Islam

TINDAKAN SEGERA

1. Solat dengan kusyuk setiap waktu

2.Baca Al Qur’an , walaupun 10 minit sehari

3. Sentiasa mengingati Allah walaupun tangan bekerja , tapi buka hati kepada Allah.Libatkan keluarga .

Walau apapun , kalau ada sahabat kita yang sedang menurun prestasi keimanan mereka , sama-samalah kita mengingatkan mereka , kerana pada satu hari nanti kita juga mungkin ingin pertolongan orang lain untuk meningkatkan keimanan kita. Terima kasih.



Quote of the day




No comments:

Post a Comment