Sunday, September 15, 2013

DEMAM , GOUT DAN SELSEMA





Hari ini saya di kunjungi oleh tiga penyakit tersebut. Terbaringm sunyi, resah, saya teringat ketika demam, kecil-kecil dulu. Ayah, emak belikan sedikit makanan yang jarang-jarang dimakan oleh kanak-kanak kampung. Itulah ubat, itulah hadiah. ( semoga Allah merahmati roh-roh mereka).

Sekarang dengan penambahan ilmu dan pengalaman manusia ada beberapa kaedah tambahan untuk menyeronokkan anak-anak anda ketika demam , diantaranya:

1. Baca atau sampaikan cerita-cerita Islam . Kalau selalunya anda terlalu sibuk , inilah masanya untuk mengeratkan kasih sayang. Anda boleh juga ceritakan kisah anda semasa kecil-kecil dulu.

2. Tayangkan video-video berunsur Islam

3. Tulis surat Allah . Ini boleh melatih anak-anak berkomunikasi atau mengadu hanya pada Allah. Anak-anak boleh membaca surat-surat tersebut sesudah solat lima waktu.

4. Galakkan anak-anak anda yang demam itu berdoa.

5. Lakukan kraf atau lukisan-lukisan Islam /alam semula jadi.

6. Mulakan anak-anak membuat kad ucapan

7. Galakkan anak-anak menulis surat terima kasih. Setiap pemberian , hadiah mesti di susuli dengan ucapan terima kasih.Secara tidak lansung anda menyemaikan akhlak dan budi pekerti yang mulia pada anak-anak.

8. Bersyukur. Latih anak-anak menulis nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah. Gantungkan dibilik atau di tepi katil mereka.

9. Selesaikan puzzle yang mudah. Sama ada dalam bentuk perkataan atau gambar.

10. Lawati Pameran Maya. Banyak kemudahan yang diadakan di komputer , ini akan memberi keriangan dan ketenangan bagi anak anda yang kurang sihat.

11. Bila anak anda mula sihat, ingatkan dia supaya segera bersyukur.

Alangkah tenangnya jiwa anak-anak kita yang kurang sihat jika dihidangkan dengan ‘menu yang Islamik’ ini. In shaa Allah mereka akan cepat sembuh dan akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Terima kasih dan jangan lupa melakukan perkara ini terhadap mereka-mereka yang tersayang.


Quote of the day



No comments:

Post a Comment