Monday, September 9, 2013

DI CELAH KACA MASIH ADA INTAN





Dunia sekarang sibuk dengan perlumbaan . Yang kaya nak bertambah kaya. Yang miskin berlumba hanya untuk hidup. Dalam perlumbaan tersebut sebuah undang-undang telah di ketepikan . Bunuh membunuh , tipu menipu. Tetapi dalam kegawatan untuk hidup itu ada juga insan yang berhati murni.

Dalam keadaan dia perlu untuk hidup , perlu di bantu , tapi sebaliknya dia membantu orang lain pula. Ikuti cerita yang di kirimkan sahabat saya Rosli Hanif pagi tadi, mudah-mudahan ia boleh mengubah pandangan kita terhadap nilai kehidupan itu sendiri, cerita saperti berikut:

Mulia sungguh hatimu Abdul Hakim, pekerja Shell Hentian Sebelah Awan Besar, KESAS.

Lewat petang tadi, saya pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya KESAS. Sedang asyik memandu , tanda amaran minyak habis menyala. Saya berhenti di Shell Hentian Sebelah Awan Besar. Baru saya perasan yang saya cuma mempunyai Rm3 sahaja didalam dompet. Saya ke mesin ATM untuk keluarkan duit. 

Saya tidak berjaya keluarkan duit melalui kad ATM Maybank. Di skrin tertera ayat lebih kurang begini, “Kad anda rosak . Sila hubungi cawangan Maybank yang berdekatan.”

Saya tenang sahaja kerana saya punya satu lagi kad ATM Bank Islam. Namun ketenangan itu tidak berpanjangan, rupanya ATM tersebut tidak keluarkan duit walaupun sudah menekan jumlah yang dikehendaki. Selepas beberapa ketika, ianya hanya mengeluarkan resit dan tertulis transaksi anda tidak berjaya.

Panik ! Saya mula panik!

Saya kembali ke kereta. Cuba buat bayaran memalui panel kad kredit/debit. Juga tidak berjaya. Saya mencari-cari didalam beg dan kereta dengan harapan terjumpa duit yang terselit-selit. Jumpa angpau raya, seluk kedalamnya , hanya ada RM3 sahaja. Menjadikan duit ditangan saya RM6.

Rupa-rupanya tindak tanduk saya itu diperhatikan oleh seorang pekerja Bangladesh. Beliau menghampiri saya seraya bertanya apa yang saya cari. Saya ceritakan daripada A-Z ..tidak sedar air mata mengalir. Sungguh ! saya tidak pernah mengalami situasi begini.

Lantas, beliau keluarkan dompet belisu . Sempat saya menjeling isi dompet tersebut, hanya ada beberapa wang kertas RM1 dan 2 keping RM 5 . Beliau keluarkan 2 keping RM5 . Saya terharu ! dan lantas saya katakan , “Ya Allah berikanlah rezeki yang luas kepada ‘Abdul Hakim’ ( nama ini yang tertera di tag nama yang dipakainya)

Beliau ambil duit RM6 yang ada ditangan saya, minta saya tunggu di kereta dan beliau pergi ke kaunter pembayaran dan buat pembayaran.Beliau kembali semula ke kereta saya dan bantu saya isi minyak.

Setelah selesai, beliau berkata pada saya, “Saya belum gaji, kalau sudah gaji , saya boleh bagi lebih”

Subhanallah ! Mulia sungguh hatimu, Abdul Hakim.

Nota:
Saya minta akaun bank untuk saya pulangkan kembali duitnya, namun beliau tiada akaun bank. Beliau kata, “ Nanti lalu sini lagi boleh bagi saya”. Saya beritahu yang saya jarang gunakan KESAS. Beliau kata lagi , “Tak apa... saya bagi saja. Kesian tengok sudah lama sini..” Akhirnya saya ambil no h/p beliau . InsyaaAllah , esok akan saya top up lebih daripada jumlah yang saya pinjam daripada beliau !

‘HANYA ORANG YANG SUSAH MEMAHAMI ERTI KESUSAHAN’



Quote of the day


No comments:

Post a Comment