Saturday, August 31, 2013

POKOK BERDOA ?




Sahabat-sahabat yang berkunjung kerumah selalu bertanya bagaimana saya menjaga pokok-pokok ditaman sehingga begitu subur. Baja apa saya pakai, berapa kali siram sehari, selalukah mencantas (pruning ) dan banyak soalan-soalan lain. Saya jawab , pokok-pokok ditaman saya tidak pernah dibaja, cuma disiram sahaja sejak mula ditanam. Sahabat-sahabat mengatakan mereka juga kerap menyiram pokok-pokok mereka tapi tak sesubur pokok-pokok saya.

“Agaknya” kata saya, “air yang saya gunakan menyiram pokok-pokok tersebut ialah air dari kolam ikan saya yang sentiasa mengandungi najis ikan, itulah yang menyuburkan pokok-pokok tersebut agaknya”



“Saperti orang berdoa” sambung saya . “Ada doa dimakbulkan Allah S.W.T dan ada yang tidak”

10 SYARAT DOA DITERIMA

1.Dalam keadaan  berwuduk

2.Dalam  keadaan  menutup aurat

3. Menghadap ke Kiblat

4. Dalam  keadaan kusyuk dan tawadduk

5. Tidak tergesa gesa

6. Di  mulai dengan memuji kebesaran Allah

7.  Kemudian  dimulakan berselawat kepada Nabi S.A.W

8. Berdoa  dengan penuh harapan dengan yakin bahawa doa itu akan dimakbulkan.

9. Di akhiri  dengan selawat dan salam

10.Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa


 10 SEBAB DOA TIDAK DITERIMA


  1.  Mengenali ALLAH....tetapi tidak menunaikan suruhannya

  2.  Mengatakan cinta kepada Rasul...tetapi meninggalkan sunahnya

  3.  Menbaca alquran...tetapi tidak beramal dengannya

  4.  Makan nikmat ALLAH ...tetapi tidak bersyukur denganNYA

  5. Mengatakan syaitan musuhnya...tetapi tidakmenentangnya

  6.  Mengatakan syurga itu benar...tetapi tidak beramal untuknya

  7. Mengatakan neraka itu benar...tetapi tidak lari darinya

  8.  Mengatakan mati itu benar....tetapi tidak bersedia menghadapinya

  9.  Bangun dari tidur lalu menceritakan keaiban orang lain..tetapi melupakan keburukkan diri sendiri

 10.  Mengebumikan jenazah sahabat sahabat ..tetapi tidak mengambil iktiba daripadanya


Jadi pandai-pandailah kita memilih air yang disiramkan kepada pokok-pokok kita, kecuali pokok kita boleh berdoa sendiri !

Terima kasih.

Quote of the day



No comments:

Post a Comment