Ramadan ini memang menguji kita umat Islam. Bangun sahur, berkejar ke surau/mesjid solat subuh. Buat persiapan berbuka. Berkejar lagi untuk solat Terawih. Balik rumah, berkejar lagi untuk solat Tahajjud. Baca al Qur’an di ruang-ruang yang kosong dan banyak lagi. Tapi ingat Syurga menanti anda dan ada pula pasar Jumaat di Syurga nanti.
Dalam kitab sahih Muslim dan juga dalam kitab Riyadus Shalihin telah disebutkan :
Dari Anas bin Malik r.a diriwayatkan bahawasanya Rasullullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya di syurga ada pasar yang didatangi oleh para ahli syurga pada setiap hari Jumaat , maka bertiupan angin selatan dan mengenai wajah dan pakaian mereka, tiba-tiba mereka berubah menjadi bertambah indah sehingga ketika merekan pulang ke tempatnya disambut oleh keluarganya , dikatakan : Demi Allah , kamu bertambah kacak . Jawab mereka : Kamu sepeninggalan kami juga bertambah cantik” ( Riwayat Muslim )
Quote of the day
No comments:
Post a Comment