Tuesday, August 20, 2013

RUMAH TANGGA: SATU REALITI BUKAN FANTASI






Berusahalah kearah rumahtangga yang harmoni, bahagia bukan majlis perkahwinan yang berbangga-bangga . Bila anda akan tinggal bersama orang yang betul-betul dikasihi, anda tidak akan peduli besar atau kecil majlis perkahwinan anda, apakah warna baju pengantin anda siapakah pereka fesyen baju tersebut, apakah rasa kek anda, siapakah jururunding majlis anda atau berapa besarkah cincin berlian anda.

Seperkara yang pasti yang anda ingin ialah pasangan anda boleh membawa kebahagian kepada anda. Pasangan anda boleh membuat anda senyum dan ketawa setiap hari. Dia boleh dipercayai sepenuh hati. Dia akan sentiasa cantik dengan akhlak yang mulia dan sentiasa berhias dengan keimanan dan taqwa.Pasangan anda juga sentiasa membantu dan bersama anda walau dalam apa keadaan pun.

Anda pula akan sentiasa saling doa mendoakan antara satu sama lain supaya suami isteri akan sentiasa dalam keadaan sehat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Tiada guna untuk menyesali majlis perkahwinan anda tapi tumpukan seluruh tenaga untuk mebina rumahtangga yang bahagia dan ikatan suami isteri yang sanggup bertahan terhadap segala ujian hidup.

Akhir sekali perkahwinan dan rumahtangga adalah satu realiti, bukan impian , bukan lakunan . Ia sepatutnya indah dalam erti kata yang sebenar dan bukan ‘INDAH DI DALAM FOTO PERKAHWINAN SEMATA’ 

Sabarlah dalam mengharung gelombang berumah tangga !  Terima kasih. 


Quote of the day



No comments:

Post a Comment