Friday, August 9, 2013

MUSUH ANDA SUDAH MENINGGAL





Pada satu pagi apabila semua kakitangan sampai dipejabat, mereka ternampak satu notis besar berbunyi :

“SEMALAM ORANG YANG MELAMBATKAN KEMAJUAN ANDA DI SYARIKAT TELAH MENINGGAL DUNIA. ANDA DI JEMPUT MENZIARAH JENAZAHNYA DI SURAU” .Pada mulanya mereka merasa sedih kemudian tertanya-tanya siapakah yang melambatkan kemajuan pencapaian mereka dalam syarikat tersebut.

Orang ramai berpusu-pusu mengelilingi keranda didalam surau dan semua begitu bersemangat untuk melihat wajah yang dimaksudkan sebagai ‘penghalang kejayaan’ mereka. Ada juga yang lega kerana orang itu telah meninggal dunia.

Apabila giliran mereka sampai melihat kedalam keranda , mereka tergamam, terkejut dan membisu, kerana apa yang mereka lihat ialah sekeping cermin besar. Wajah penghalang kemajuan yang dimaksudkan adalah wajah mereka sendiri.Berhampiran cermin tertulis:
 
“HANYA SEORANG YANG DAPAT MENENTUKAN KEJAYAAN ANDA IA ITU ANDA SENDIRI”

Dengan izin Allah , anda sajalah yang boleh merubah hidup anda . Andalah yang boleh membawa kegembiraan , kejayaan , peningkatan  ibadah supaya Allah redha terhadap anda di dunia dan akhirat.

“PERSAHABATAN YANG PALING MUSTAHAK DI DUNIA INI IALAH PERSAHABATAN ANTARA ANDA DAN DIRI ANDA”

Dunia ini umpama cermin. Ia melantunkan kepada sesiapa, apa yang mereka fikirkan terhadap kehidupan. Kejayaan dunia dan akhirat tergantung kepada cara anda melihat dunia itu, pastinya anda mesti melihat dengan pandangan yang lebih positif. Terima kasih.


Quote of the day


No comments:

Post a Comment