Hari ini amat memenatkan .Dari pagi sampai petang sibuk membuat persiapan untuk anak belajar ke UNIMAS sabtu nanti. Pagi tukar plan fon ke plan yang lebih murah. Tengahari beli sedikit bekalan makanan. Kemudian beli pakaian di kedai bundle dan petang beli alat tulis. Baru nak ke Sarawak sudah kelam kabut.
Hidup ini disebutkan Al Quran hanyalah sebagai main-main dan senda gurau semata. Firman Allah S.W.T bermaksud :
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampong akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” ( Surah al An’am ayat 32)
Oleh itu disamping kita kelam kabut untuk membuat persiapan dunia ini jangan lupa untuk bersiap untuk akhirat, diantaranya :
1. Memberi sumbangan untuk jihad fisabilillah dan sedekah jariah.
2. Menuntut ilmu, mengajarkannya dan mengamalkan ilmu tersebut.
3. Memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T
4. Bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T
5. Perbanyakkan membuat kebajikan dan solat tahajud.
Imam Syafie berkata “Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, ia perlu mengamalkan perkara berikut:
a. Mengurangkan tidur
b. Mengurangkan makan
c. Mengurangkan bercakap
d. Berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Terima kasih atas perhatian anda.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment