Anda pasti pernah mendengar laungan “Paper lama, paper lama” di kawasan perumahan anda. Tujuan laungan tersebut ialah untuk memberitahu mereka mahu membeli surat khabar lama . Rakaman tersebut selalunya dari suara kanak-kanak perempuan yang membuka dan menarik hati kita untuk menjual akhbar lama kepada mereka. Yang peliknya syarikat lain pun menggunakan suara yang sama. Yang lebih pelik lagi, syarikat India pun menggunakan suara ‘anak perempuan Cina” tersebut. Mengapa? Sebab suara itu lunak dan memberi elemen ‘kasihan’ kepada yang mendengarnya.
Begitulah dakwah. Kita patut menyampaikan seruan Islam pada sasaran dengan tertib dan cara tertentu supaya ia dapat membuka hati-hati manusia untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Cara mendampingi mereka yang Islam dan bukan Islam juga berbeza.
Berikut kita lihat seni dakwah yang berkesan:
1. Tumpukan perkara dalaman . Banyakkan memujuk dan merayu hati-hati supaya menghampiri diri pada Allah.
2. Benar. Mesti adil dalam percakapan , hati, pandangan dan lain-lain. Perbuatan kita ini mestilah menunjukkan ikatan kita dengan Allah.
3. Peningkatan . Kita mesti meningkatkan kebijaksanaan , ketenangan , pemikiran yang matang dan kesederhanaan cara hidup.
4. Hati-hati supaya tidak keterlaluan:
a. Ia boleh menampakkan dakwah kita tidak bersahaja (natural)
b. Ia boleh menjadikan kita pemarah atau kebencian bila orang tidak mahu menerima dakwah kita.
5. Tergesa-gesa untuk mencapai hasil:
Tergesa-gesa boleh menjadikan kita tersilap langkah. Umpamanya terus menyuruh wanita bertudung tanpa memantapkan akidahnya dahulu.
6. Dua perangai yang perlu dielakkan:
Cepat marah dan gopoh. Dua perkara ini bukan saja boleh menggagalkan usaha kita malah boleh merosakkan niat.
7. Terimalah Qadr ( Ketentuan Allah)
Perkara yang perlu diperhatikan semasa bercakap :
a. Bahasa badan
b. Jangan bercakap terlalu perlahan atau terlalu cepat
c. Bahagikan penyampaian anda kepada beberapa bahagian
d. Bahasa anda mestilah fasih dan mudah di fahami
e. Mesti ada bukti terhadap setiap percakapan anda.
Sekian. Selamat mencuba dan terima kasih.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment