Tuesday, August 13, 2013

HIDUP YANG TERBAZIR




Ramadan baru-baru ini memang banyak pembaziran makanan berlaku. Kemudian Hari Raya pula, selalunya banyak kueh-kueh yang tak termakan sampai berkulat. Tapi lebih dari itu banyak perkara-perkara lain dalam kehidupan kita yang dibazirkan,  di antaranya adalah sepuluh perkara berikut:

1. Ilmu kita : Terbazir kerana tidak di amalkan.

2. Amalan kita : Terbazir kerana tidak ikhlas 

3. Harta kita : Terbazir kerana di belanjakan di tempat-tempat yang tidak dapat ganjaran dari Allah . Begitu juga dengan kuasa dan jawatan kita , turut terbazir.

4. Hati kita : Terbazir kerana ia kosong dari mencintai Allah.

5. Badan kita : Terbazir kerana tidak di gunakan untuk beribadah atau berkhidmat dijalan Allah.

6. Cinta kita: Cinta dan perasaan terbazir kerana diarahkan kepada kebendaan atau seseorang yang tidak sepatutnya dicintai.

7. Waktu kita : Terbazir kerana tidak diuruskan untuk perkara-perkara yang bermanafaat.

8. Akal kita : Terbazir atas perkara-perkara yang tidak berfaedah yang memudaratkan masyarakat dan individu juga tidak mempunyai pandangan yang luas.

9. Pekerjaan kita: Terbazir kerana tidak bekerja di suasana yang merapatkan diri kita dengan Allah atau semata-mata untuk dunia sahaja.

10. Zikir kita: Terbazir kerana di sebut di mulut sahaja tidak menyentuh atau merubah hati.

Kalau anda tidak membazirkan perkara-perkara diatas , Alhamdulillah . Tapi ramai lagi keluarga dan sahabat-sahabat kita masih samar-samar tentang matlamat hidup, ia itu mencari redha Allah . Ingatkan mereka supaya hidup kita tidak turut terbazir. Terima kasih atas waktu anda.


Quote of the day


No comments:

Post a Comment