Sunday, August 11, 2013

SYARAT LULUS TEMUDUGA




Seorang remaja yang bijak memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat yang besar. Dia telah lulus temuduga pertama  dan pengarah syarikat mengendalikan temuduga terakhir. Pengarah tersebut mendapati remaja tersebut amat cemerlang dari sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti.

Pengarah bertanya “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa ?" “Tidak” Jawab remaja tersebut. Pengarah bertanya lagi “Adakah bapa awak membiayai pendidikan awak?" Jawab remaja “Bapa saya meninggal semasa umur saya satu tahun. Ibu yang menanggung pembelajaran saya” 

Pengarah menyambung “Dimana ibu awak bertugas?" Jawab remaja lagi “Ibu saya bekerja sebagai pembasuh kain". Pengarah tersebut meminta remaja tersebut menunjukkan tangannya dan tangan remaja tersebut berkeadaan lembut dan licin.”Saya ada satu permintaan” kata pengurus “Awak balik kerumah hari ini , basuh tangan ibu awak dan esok datang semula ke sini”



Dirumah , dengan perasaan yang tertanya-tanya si ibu menunjukkan tangannnya untuk di basuh oleh anaknya. Anak mula membasuh tangan ibu perlahan-lahan . Air mata si anak mula menitis. Itulah kali pertama dia melihat tangan ibunya yang sangat berkedut dan retak-retak.Kadang-kadang retak di tangan ibunya terlalu dalam hingga ibu menggeletar kesakitan bila di gosok. 

Inilah kali pertama remaja tersebut sedar yang itulah tangan-tangan yang membasuh kain setiap hari untuk menyara kehidupan dan yuran persekolahannya. Retak dan luka-luka di tangan si ibulah harga yang telah di bayar untuk kecemerlangan pendidikan hingga anaknya menjadi seorang mahasiswa.

Keesokkannya remaja tersebut pergi ke pejabat pengarah untuk temuduga terakhir. Pengarah ternampak bekas-bekas air mata di mata remaja lalu bertanya “Beritahu saya perasaan awak semasa membasuh tangan ibu awak” Jawab remaja :

“Pertama : Saya faham apa erti penghargaan . Tanpa ibu saya , saya tidak akan mencapai kejayaan hari ini.

Kedua : Bila membantu ibu membasuh kain, memegang tangannya yang kasar dan luka-luka , saya faham sekarang bagaimana susahnya untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.

Ketiga: Sekarang saya dapat menilai betapa mustahaknya kerjasama dan ikatan kekeluargaan”

Kemudian pengarah mengakhiri temuduga dengan mengatakan :

“Inilah ciri-ciri pengurus yang saya kehendaki . Saya mahu seseorang yang menilai pertolongan orang lain , orang yang boleh merasai kesusahan orang lain melakukan sesuatu pekerjaan, dan seseorang yang tidak hanya meletakkan wang sebagai matlamat hidup. Awak di terima sebagai pengurus di syarikat ini”

Tahniah juga kepada anda yang membaca artikal ini . Terima kasih.



Quote of the day


No comments:

Post a Comment