Thursday, August 22, 2013

GEMBIRAKAN IBU BAPAMU




Menghormati dan mengembirakan ibu bapa amat di tuntut dalam Islam . Ramai anak-anak zaman sekarang memberi banyak masalah kepada ibu bapa, apatah lagi nak memberi kegembiraan kepada mereka. Mungkinkah anak-anak sekarang tidak tahu cara-cara untuk membuat ibu bapa gembira ? Cubalah cara-cara berikut ,InsyaaAllah hati ibu bapa anda akan terubat !

1. Lakukan tanggung jawab anda dan apa-apa yang disuruh oleh ibu bapa.

2. Tawarkan diri untuk membantu ibu bapa

3. Hormati undang-undang ibu bapa

4. Jadilah anak-anak yang mengikut cakap.

5. Banyak berterima kasih.

6. Jangan terlalu mengharapkan perhatian mereka.

7. Jangan sesekali berbohong

8. Cuba riangkan mereka semasa mereka runsing

9. Dengar dan setuju dengan cadangan ibu bapa

10. Cemerlang dalam pelajaran

11. Jangan bergaduh dengan adik beradik

12. Katakan anda kasihkan mereka

13. Tunjukkan kasih sayang , bukan setakat cakap sahaja

14. Selalu senyum dan berbual dengan mereka

15. Jangan sesekali tinggikan suara

16. Jangan ponteng sekolah 

17. Kejutkan ibu bapa dengan sesekali memasak untuk mereka.

18. Kalau mereka nampak runsing tawarkan sesuatu yang boleh meringankan kerunsingan mereka.

Dengan ini InsyaaAllah anda akan diredhai oleh ibubapa dan lebih mustahak lagi akan diredhai oleh Allah. Anda akan berjaya didunia dan selamat di akhirat. Sampaikan cadangan ini kepada kawan-kawan anda. Terima kasih.


Quote of the day


No comments:

Post a Comment