Thursday, August 15, 2013

HIDUP BERAKAL MATI BERHANTU






Hari-hari kita dengar berita kematian. Media pula mensensasikan cerita kematian tersebut untuk tujuan melariskan akhbar atau menambahkan penonton TV mereka . Ada orang  mati kerana kemalangan jalan raya hingga berkecai otak. Ada mati kena tembak dari jarak dekat. Ada mati termakan lemang beracun. Anak mati tertinggal dalam kereta dan terbaru ada orang meninggal semasa sujud di bulan Ramadan. Beberapa hari masyarakat akan sibuk menceritakan hal tersebut. Memberi banyak ulasan, takut ngeri, dia betul, dia salah dan beruntung mereka yang mati semasa sujud itu.

Kematian memang pasti. Yang tidak pasti ialah balasan kita di akhirat anti sama ada syurga atau neraka. Silalah luangkan masa anda untuk membaca terjemahan peringatan Allah dalam surah AT TAKAATHUR.

Berikut terjemahannya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi.

1. Kamu telah dilalaikan ( daripada mengerjakan amal bakti ) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya ( hartabenda, anak pinak , pangkat dan pengaruh,

2. Sehingga kamu masuk kubur.

3. Jangan sekali-kali ( bersikap demikian) ! Kamu akan mengetahui kelak ( akibatnya yang buruk semasa hendak mati) !

4. Sekali lagi ( diingatkan) : jangan sesekali ( kamu bersikap demikian )! Kamu akan mengetahui kelak ( akibatnya yang buruk pada hari kiamat )!

5. Demi sesungguhnya ! Kalaulah kamu mengetahui – ( apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yaqin , ( tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat ).

6. ( Ingatlah) demi sesungguhnya ! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

7. Selepas itu – demi sesungguhnya ! – Kamu ( wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yaqin ( semasa kamu dilemparkan ke dalamnya ) !

8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu , tentang segala ni’mat ( yang kamu telah meni’matinya) !


Quote of the day 


No comments:

Post a Comment