Monday, August 19, 2013

CENDOL IBRAHIM BANTING






Semalam pergi ke Banting , Klang Selangor. Saya agak hairan apabila melihat ramai orang berkumpul di satu kedai yang bernama Restoran Cendul Ibrahim Banting. Saya dan isteri pun berhenti nak cuba-cuba rasa. Memang ramai orang . Semua bangsa tua dan muda ,kaya dan sederhana , lelaki dan wanita datang ke Restoran tersebut. Rupa-rupanya faktor ‘makanan’ boleh menyatukan manusia.



Saya teringat perbualan saya dengan Pengerusi sebuah mesjid berhampiran FRIM di Selangor. Dia menceritakan pada saya bagaimana dia menarik anak muda ke mesjid dia. Ahad pertama dia jemput anak muda makan nasi lemak kemesjid. Makan saja tiada ceramah.

Minggu kedua anak muda di jemput makan ais cream, tiada juga ceramah. Tetapi semasa anak-anak muda tersebut makan , dia memerhatikan anak-anak yang ada potensi menjadi pemimpin atau pun ‘Gang leader’ . Belia-belia ini di gunakan untuk mempengaruhi anak-anak lain untuk ke majlis seterusnya. Rupa-rupanya makanan ini boleh mengajak manusia ke mesjid kalau betul cara penggunaannya. Tapi janganlah setakat beri makan saja, mesti ada perancangan.

Ada lebih menarik lagi tentang cerita makan . Penunjuk perasaan dari kumpulan EDL telah berhimpun di York Mosque, di pinggir London pada 27mei baru-baru ini. Kumpulan anti Islam yang sedang marah itu di jemput oleh Imam Abid Salik untuk masuk kekawasan mesjid berbincang dan akhirnya mereka bermain bola bersama , kemudian dihidangkan minuman ringan dan biskut. Kalau mereka pandai membuat cendol , mungkin cendol juga akan dihidangkan.

Peristiwa ini telah mendapat pujian dari Kaunselor Hull Road yang mengatakan ianya satu saat yang membanggakan bagi penduduk York. Father Tim Jones , seorang pemimpin Kristian pula pergi ke mesjid tersebut dan mengatakan “Saya sentiasa tahu mereka ini ( orang-orang Islam) adalah orang yang cerdik, penyayang berani dan mempunyai nilai moral yang tinggi”

Sememangnya ajaran Islam itu amat mulia dan jika diamalkan saperti yang diajarkan oleh Rasullullah S.A.W kepada kita ianya akan menjadikan umat Islam sebagai umat yang disegani , walaupun senjata kita hanyalah secawan kopi dan beberapa keping biskut.

Saya mengingatkan diri saya dan anda supaya setiap saat mempertingkatkan amalan dan mengajak manusia kepada Islam. Inshaa  Allah .


Quote of the day




No comments:

Post a Comment