Tuesday, August 27, 2013

OTAK IKAN VS OTAK MANUSIA




Lebih kurang 4 syawal saya menerima panggilan dari seorang kawan mengatakan aquarium dia peach. Dia ingin memberikan kesemua 21 ekor ikan puyunya kepada saya kerana saya mempunyai kolam yang agak besar – 6kaki x 3 kaki.

Hari pertama ikan-ikan tersebut berada dikolam saya, enam ekor ikan melompat keluar kolam, bertaburan dilantai taman. Mujurlah saya nampak kejadian tersebut, semua ikan-ikan tersebut dapat dimasukkan semula.

Hari kedua lebih kurang empat ekor ikan melompat keluar. Hari ketiga, lima ekor. Seterusnya dua ekor. Kemudian satu ekor buat beberapa hari. Akhirnya sekarang tidak ada yang melompat keluar lagi. Saya tertarik dengan perkembangan tersebut lalu membuat sedikit kajian.



Mengikut Dr. Warburton dari Charles Sturt University, New South Wales Australia, ikan boleh mengingat. Sebab itulah agaknya ikan-ikan yang melompat keluar kolam saya tidak akan melompat keluar lagi kerana mereka mengetahui yang air tidak ada diluar sana.

Ikan juga mengikut beliau boleh :

1. Mengajar sejenisnya tentang pemusuh mereka

2. Berinteraksi saperti ikan kecil mencuci badan ikan besar dengan memakan kulit-kulit mati yang hampir tanggal.

3. Kembali ketempat asal untuk bertelur

4. Menunngu tuannya memberi makan di aquarium atau kolam pada waktu waktu tertentu.
Adakah semua ini menyebabkan manusia memakan ‘minyak ikan’ untuk memperbaiki ingatan? 

Manusia yang kita sangka cerdik ini pula kisahnya :

1. Kalau seseorang selalu merokok dan menyebabkan batuk-batuk dia tetap mengulangi perbuatan tersebut.

2. Ramai manusia  terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan mabuk, tapi manusia meneruskan amalan terkutuk itu.

3. Ramai remaja yang buang anak hasil zina, ramai juga manusia meneruskan zina.

4. Ramai anak muda yang gagal dalam hidup sebab gagal dalam pelajaran, tapi ramai lagi yang tidak peduli untuk belajar bersungguh-sungguh.

Jadi otak ikan vs otak manusia , yang manakah lebih cerdik ? Kalau perkara yang berlaku didunia manusia susah untuk berubah bagaimana agaknya akan janji-janji Allah diakhirat . Janganlah tunggu sampai ajal , baru kita yakin. Ingatlah dari sekarang kerana sebenarnya otak kita lebih baik dari otak ikan.

Ibn Qayyim pernah mengatakan “ Dosa mempunyai banyak kesan sampingan, diantaranya ia mencuri ilmu dari anda “ Terima kasih.


Quote of the day


No comments:

Post a Comment