Dah lama tidak jalan-jalan di Shopping Komplek. Tiga hari yang lalu ada urusan di Sunway Pyramid terpaksalah kesana. Dimerata Komplek nampak anak-anak muda duduk-duduk, sembang-sembang tanpa apa-apa tujuan. Ada juga yang minum-minum dan ramai juga yang ‘window shopping’ .Mereka ini menggambarkan tabiat anak-anak muda di Malaysia, tak kurang juga dengan anak-anak tua.
Ibn Qayyim mengatakan salah satu bentuk mensia-siakan kehidupan adalah mensia-siakan masa:
“Orang yang membuang masa adalah orang yang tidak memiliki akal. Orang yang berakal adalah orang yang mengetahui bahawa dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang. Orang yang berakal , ia amat berhati-hati dalam menggunakan waktu dalam setiap kesempatan”
"Kehilangan waktu itu lebih sulit dari pada kematian , kerana kehilangn waktu membuatmu jauh dari Allah dan hari Akhirat, sementara kematian membuat mu jauh dari kehidupan dunia dan penghuninya saja”
Anak-anak yang dikasihi . Kalau anda ada kelapangan masa , bantulah ibu ayah di rumah. Kemaskan bilik anda . Bersihkan halaman rumah. Siram pokok-pokok ditaman atau buatlah sesuatu yang menguntungkan anda didunia dan di akhirat .
Pesanan ikhlas dari Pak Cik Yamin.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment