Friday, August 23, 2013

KUASA BAHASA POSITIF




SURAH AL-AHZAB AYAT 70
“Wahai orang –orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah , dan katakanlah perkataan yang tepat –benar (dalam segala perkara)”

Perkataan akan memberi kesan terhadap gambaran pemikiran manusia dan ia adalah satu alat yang amat berkesan untuk mempengaruhi kejayaan seseorang sepanjang hayatnya.

Malangnya masyarakat kita banyak menggunakan bahasa-bahasa beracun ( negatif) ini. Masa kecil kita ditakutkan dengan ‘gelap’ ditakutkan dengan ‘polis’, ‘hantu’ dan lain-lain. Bila belajar naik basikal, panjat pokok dijeritkan ‘jatuh nanti’. Otak kita terus memproses perkataan ‘jatuh’ maka jatuhlah kanak-kanak tersebut.

Semasa disekolah pula kita di ‘racun’ dengan perkataan susah. Matematik susah. Sains susah. Bahasa Inggeris susah. Akhirnya susahlah anak tersebut hingga dewasa.Satu-satunya motivasi masyarakat kita “Belajar baik-baik nanti besar boleh bawa kereta besar”. Memanglah ramai orang Melayu yang bawa kereta besar tapi setakat bawa kereta saja , jadi driver.

Maksud saya disini , bahasa kita mestilah tepat, positif saperti yang dikatakan dalam ayat 70 Surah Al-Ahzab di atas. Di antara perkataan-perkataan ‘beracun’ yang selalu digunakan :

1. TETAPI : Menafikan perkataan seterusnya.

2. CUBA : Mengandaikan kegagalan

3. JIKA/KALAU : Mengandaikan anda tidak mungkin

4. MUNGKIN : Tidak ketentuan .Pendengar tertanya-tanya

5. TIDAK BOLEH /JANGAN: Perkataan ini selalu digunakan ibubapa ataupun pengajar tanpa menyedari hasilnya amat merosakkan

CONTOH 1

Bahasa beracun : “Jangan jatuhkan bola itu’

Kemungkinan: Bola akan jatuh

Bahasa yang lebih baik : “Tangkap bola itu”


CONTOH 2

Bahasa beracun : “Kamu jangan tengok TV banyak sangat”

Kemungkinan: Dia akan terus menonton TV

Bahasa yang lebih baik : “Saya terbaca orang yang banyak menonton TV boleh jadi bodoh. Mungkin anda boleh padamkan TV itu dan baca buku-buku yang manafaat”

Bahasa positif ini bukan sahaja untuk perbualan dengan orang sekeliling kita tapi perlu digunakan apabila kita berkata-kata dengan diri sendiri. Sama-sama kita amalkan dari hari ini . Terima kasih.


Quote of the day




No comments:

Post a Comment