Sunday, August 25, 2013

TEMU JANJI DENGAN PM




Dua orang penuntut yang belajar perubatan di luar negara telah gagal peperiksaan di tahun ketiga. Oleh kerana kemampuan mereka untuk meneruskan pengajian agak tipis, biasiswa mereka ditarik dan kedua-duanya dihantar pulang.

Bertambah gelaplah masa depan mereka. Berasal dari kampong terpencil di Malaysia, ibubapa miskin pula, anak sulung dan harapan kepada keluarga. Seribu satu masalah dan seribu satu penyelesaian diperlukan.

Sesampai di Kuala Lumpur mereka turun naik pejabat –pejabat di Putra Jaya. Tebalkan muka , merayu kesana merayu kesini. Akhirnya mereka dapat peluang terakhir untuk merayu terus kepada PM atas bantuan salah seorang setiausaha di pejabat PM. Hari , tarikh dan masa ditetapkan . PM cuma  ada masa 7 minit bagi tiap seorang untuk mendengar rayuan, permohonan , harapan dan kemaafan dari mereka.

Di Kuala Lumpur , seorang penuntut menumpamg dirumah kenalan di Pucong dan seorang lagi tidur dirumah saudara di Subang Jaya, dengan harapan tidak bermasalah ke Putra Jaya esoknya untuk temujanji yang paling penting dan istimewa ini.

Pada hari yang ditetapkan pegawai di pejabat PM telah menyemak jadual dan temu janji PM . Temujani pertama adalah dengan dua penuntut yang gagal tersebut, tapi kelibat mereka masih belum kelihatan . Tepat pada waktunya PM masuk ke pejabat.

Tiba-tiba kelihatanlah penuntut A datang berlari-lari masuk ke pejabat PM. Termengah-mengah , pakaian berserabut, tidak kemas lansung. Bila bercakap dengan PM dan dicatitkan oleh seorang setiausaha , bahasa penuntut A tadi susah untuk difahami. Jelas berkerut wajah PM . Walau bagaimana pun 7minit berlalu dan tamatlah temujanji mereka.

Penuntut B tidak muncul-muncul . PM beri sedikit masa lagi, kalau-kalau penuntut B ada masalah dalam perjalanan , tapi tak muncul tiba. Akhirnya PM terpaksa mengisi temujanj seterusnya.

PENUNTUT A DAN PENUNTUT B  tadi adalah gambaran kita umat Islam . Penuh dengan masalah dan ribuan harapan terhadap Allah. Tapi, bila sampai waktu solat, ramai yang solat sambil lewa sahaja dan ramai lagi yang tidak solat lansung.

Terima kasih dan ambillah sedikit waktu untuk merenung scenario ini. Mungkin anda OK , tapi ramai orang yang di sekeliling kita yang acuh tak acuh dengan SOLAT , TEMU JANJI DENGAN ALLAH !



Quote of the day


No comments:

Post a Comment