Friday, May 31, 2013

TV PART 1 – KESAN MENONTON



Dua malam sudah saya ‘tertonton’ satu rancangan TV , seorang penyanyi wanita menutup aurat sepenuhnya termasuk tudung kepala, menyanyikan lagu dihadapan (mungkin  1,000 ) penonton dengan penuh aksi dan kesungguhan. Kemudian datang pula seorang pengacara dengan pakaian menutup buah dada kebawah sahaja (dada bidang terbuka) dengan memberi salam kepada penonton. 

Oh, dunia ini sudah amat celaru. Manusia sudah tidak kenal mana yang halal dan mana yang haram. Saya berasa terpanggil untuk menulis tentang kesan menonton TV , tetapi terkejut melihat banyaknya bahan yang sudah ditulis, tetapi seolah-olah tidak berkesan. Oleh itu saya pun ingin berkongsi dengan pembaca diMalaysia dan Insha Allah akan menulis beberapa siri berkenaan tajuk KESAN MENONTON TV ini.


Menonton TV adalah satu jenis ketagihan yang susah untuk ditinggalkan . Ia merosakkan moral dan meransang pemikiran anda mengikut acuan rancangan TV yang ditonton. TV memusnahkan nilai-nilai Islam. Elemen anti Islam menggunakan TV sebagai alat mengalih pandangan penganut Islam jauh dari idologi Islam. Satu alat syaitan , ia cuba menggambarkan Islam itu dalam cara hidup moden tetapi pada waktu yang sama mencacatkan Islam  itu sendiri.


Sebagai permulaan kita ikuti pendapat Dr. Zakir Naik yang diwawancara oleh Peace TV berkenaan kesan menonton TV:

1. Menangguh-nanguhkan ibadah.

2. Lucah . Kalau kita bertemu dengan wanita yang bukan mahram pun kena tundukkan pandangan, mana mungkin kita menonton wanita yang tidak menutup aurat dalam TV.

3. Iklan yang mengelirukan , menghayalkan dan memesongkan. Banyak iklan-iklan bukan saja memberi gambaran salah tentang produk mereka, tetapi meletakkan satu standard ‘impian dan khayalan’ dalam kehidupan.

4. Berangan untuk menjadi popular , terkenal dan dipuja ramai. Meletakkan idola yang bercanggah dengan Islam.

5. Mengangkat martabat keganasan, rompak, samun, ragut, rempit, dadah dan darah.

6. Sex sebagai cara hidup. Rogol, cinta haram, anak haram, bersekedudukan haram adalah zikir-zikir didalam TV.

Apatah lagi kalau menonton semua perkara diatas bersama keluarga terutama anak-anak. Bukankah kita sama-sama mendidik mereka dengan elemen-elemen yang negatif ini. Marilah kita sama-sama merancang masa depan anak-anak kita kejalan yang benar dengan memikirkan hiburan alternatif yang boleh meransang minda mereka kearah yang lebih subur dan bersih dari semua kemungkaran Allah.Hingga bertemu disiri TV yang akan datang .Insha Allah. Terima kasih.

Quote of the day



No comments:

Post a Comment