Ramai yang kepenatan sesudah PRU13 ini. Kalau penat untuk memperjuangkan kebenaran, memperjuangkan mereka yang tertindas dan dianiaya, memerangi rasuah... Alhamdulillah . Walau bagaimanapun perjuangan kita sebagai orang Islam masih berterusan. Perjuangan menuju syurga Allah , penentu sama ada apa yang kita lakukan didunia ini betul atau salah.
Didalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah r.a :
Rasullullah s.a.w bersabda , “Seandainya seorang mukmin tahu siksa yang ada disisi Allah , maka tidak ada seorang pun yang tidak menginginkan syurgaNya( takut berbuat dosa) . Dan seandainya ada orang kafir yang tahu kasih sayang Allah, maka tidak akan ada yang merasa putus asa dari (mendapatkan) syurga Allah” (Sahih Muslim).
Oleh itu dalam kehidupan hari-hari kita mestilah menjadi orang yang bijak saperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w : “Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengendalikan hawa nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian ( HR Imam Termizi-Hadis Hasan)
Janganlah disebabkan habuan yang sedikit yang kita dapat didunia membuat kita leka dan terlupa akan matlamat kita diciptakan oleh Allah untuk menyembah dan beribadat pada Allah. Terima kasih kerana turut sama berfikir.
Quote of the day
Plan ahead .It wasn’t raining when Noah built the ark
No comments:
Post a Comment