Dua orang wanita mengadap seorang Raja. Kedua-dua mereka bertengkar atas perebutan seorang bayi yang kedua-duanya mengaku ibu kepada bayi tersebut. Wanita pertama berkata,”Tuanku , ini adalah anak saya”. Yang kedua pula berkata “Jangan percaya cakap dia Tuanku, ini adalah anak saya”.
Raja bertambah celaru. Sesudah berfikir panjang baginda bertitah “Potong bayi ini kepada dua bahagian”. Perempuan pertama berdiam diri, manakala perempuan kedua menangis dan merayu “Tuanku , biarkanlah dia memiliki bayi ini asalkan bayi ini hidup”. Akhirnya Raja memberikan bayi tersebut kepada perempuan kedua yang menangis.
KEBENARAN AKAN SENTIASA TESERLAH
Kita juga tidak terlepas dari menjadi hakim. Hakim kepada anak-anak berselisih faham. Hakim kepada pasangan suami isteri yang bergaduh. Hakim kepada kakitangan atau jiran setempat dan 5 MAY ini hakim kepada dua kumpulan parti yang bertanding pada PRU 13 nanti. Jadilah hakim yang bijak !
Terima kasih kerana menjadi hakim yang adil .
Quote of the day
If you only pray when you’re in trouble...you’re in trouble
No comments:
Post a Comment