Dua orang sahabat , Ismail dan Ibrahim berjalan merentas padang pasir. Bila cahaya matahari bertambah terik, masing-masing terasa amat dahaga. Akhirnya berlaku pertengkaran. Pertengkaran bertambah tegang dan akhirnya Ismail menampar Ibrahim dimuka, Ibrahim terasa sakit tetapi memendam perasaan marahnya. Dia Cuma melepaskan perasaan dengan menulis diatas pasir “Hari ini sahabat baik aku menampar aku dimuka”
Mereka teruskan perjalanan hingga mereka tiba di sebuah Wadi. Mereka berhenti untuk berehat. Ibrahim terjun ke Wadi untuk mandi dan Ismail duduk berehat memerhatikan Ibrahim sahaja. Tiba-tiba Ibrahim menjerit kerana kejang otot, tidak dapat berenang lagi dan tenggelam.
Ismail segera terjun meyelamatkan Ibrahim , menarik Ibrahim perlahan-lahan dari ketempat selamat. Bila Ibrahim sudah mula sedar dai menggores sesuatu pesanan diatas batu “Hari ini , sahabat baik aku menyelamatkan aku dari mati lemas”
Ismail yang mulanya menampar Ibrahim kemudian menyelamatkan Ibrahim bertanya “Mengapa bila aku tampar kamu, kamu tulis diatas pasir , tapi sekarang kau tulis diatas batu?”
Ibrahim tersenyum dan menjawab:
“Bila seorang sahabat melukai kita , kita tulis diatas pasir, supaya angin kemaafan dapat memadamkannya, dan bila seorang sahabat membuat sesuatu yang baik, kita patut memahatnya diatas batu, supaya ia dikenang selamanya”
Terjemahan dari : Islamcan.com
Quote of the day
No comments:
Post a Comment