Sekali dalam setahun , saya bersama rakan-rakan diRantau Panjang Kelang Selangor mengadakan ‘Jumble Sale’ . Barang-barang terpakai dikumpulkan dari sahabat- sahabat dan jiran-jiran yang prihatin , dijual semula dengan harga yang amat murah. Contoh baju kurung dijual dengan harga dua ringgit sepasang.
Sedang jualan berlansung datang sekumpulan kanak-kanak bertanyakan harga kopiah terpakai yang sedang dipamerkan. Semua kami digerai ketika itu terharu kerana ada anak-anak yang masih ‘teringin’ untuk beribadah hingga berbelanja sendiri untuk membeli kopiah. Kami memberikan semua kopiah itu kepada mereka dengan percuma.
Oleh itu saya mencadangkan , kalau kita berada dengan segala keselesaan didalam rumah, janganlah kita asyik melihat diri didalam cermin. Banyakkanlah memandang keluar tingkap. Lihat dan simpatilah dengan mereka –mereka yang kurang bernasib baik. Fikirkanlah sesuatu cara untuk menolong mereka.
Banyak hadis-hadis Rasullullah s.a.w berkenaan bantuan dan sedekah diantaranya:
1.“Harta yang kamu makan akan habis, harta kamu pakai akan usang , tapi harta yang kamu sedekahkan akan menjadi tabungmu”(HR Muslim)
2. “Sesungguhnya sedekah seseorang walau hanya sesuap , akan dikembang biakkan olehNya saperti gunung , maka bersedekahlah”(HR Bukhari Muslim)
3. “Ucapan yang baik merupakan sedekah dan setiap langkah yang diayun menuju solat (berjemaah) merupakan sedekah (HR Bukhari)
4. “Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api”(HR Tirmidzi)
Jadi banyakkan memandang keluar tingkap supaya kita dapat mengintai peluang untuk bersedekah dan membantu manusia lain. Terima kasih.
Quote of the day
Exercise daily , walk with Allah
No comments:
Post a Comment