Merajuk adalah satu tabiat yang biasanya bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Ramai diantara kita yang pernah merajuk , cuma berbeza dari segi kekerapan sahaja. Ada yang selalu sangat dan ada yang merajuk cuma sesekali sahaja. Orang-orang yang merajuk , selalunya diantara kawan dan kawan, tetapi ramai juga yang merajuk diantara pasangan suami isteri. Ini selalu memberi kesan besar terhadap kestabilan rumah tangga, kesihatan dan kebahagian masa depan. Islam melarang perbuatan merajuk terutama sesama Islam. Dikatakan bahawa merajuk sesama kawan-kawan Islam adalah seakan-akan ‘membunuh’ kawan-kawan tersebut.
Merajuk selalunya terdapat dalam beberapa bentuk:
1.Merajuk tanda protes: tidak setuju berkaitan sesuatu keputusan.
2.Merajuk sebagai tanda membalas dendam: Perbuatan merajuk sebegini boleh merenggangkan persahabatan atau berakhir dengan penceraian suami isteri.
Had Merajuk : Kerap merajuk akan membawa banyak kesan negatif.Kalau berpanjangan hingga terputus hubungan, ini jelas melanggar arahan Islam. Beberapa perkara mesti diperhatikan dalam tabiat merajuk ini:
1. Jangan sampai terputus hubungan
2. Jangan terlalu lama
3. Kalau suami isteri merajuk jangan libatkan ahli keluarga lain.
4. Penyelesaian adalah tanggung jawab pasangan masing-masing.
5. Jangan terlalu angkuh. Berikan kegembiraan pada orang lain dan ‘beralah’ adalah lebih mulia.
6. Merajuk bukanlah penyelesaian , mungkin perbincangan adalah penyelesaian yang lebih berkesan.
Amat rugilah bagi kita yang meneruskan perbuatan merajuk dari kecil hingga dewasa. Cuba bayangkan wajah kita yang merajuk. Tidak ceria , muka masam, berkedut dibahagian muka, mendatangkan tanda Tanya dan kesedihan terhadap berbagai pihak. Malang lagi kalau sasaran merajuk itu ibu bapa kita, tentulah ini akan berkait rapat pula dengan hukum-hukum agama. Untuk mengelakkan tabiat yang tidak berfaedah ini diteruskan kita cuba lihat terhadap cara-cara penyelesaiannya:
1. ANDA VIP ( Very Intelectual Person )
Andalah orang yang paling bijak (Intelectual) , bukan bergurau, tapi paling bijak untuk mengetahui mengapa anda merajuk. Jadi selesaikan masalah merajuk anda sebagai orang bijak.
2. PERUBAHAN BILA-BILA MASA
Setiap kali anda berasa tertekan , anda boleh menilai untuk berubah kepada kebaikan, berbuat yang lebih baik hanya dengan mengubah cara anda berfikir.
3. ANDA BERUPAYA ATAS DIRI ANDA
Ramai orang mengatakan saya terpaksa buat itu, buat ini. Sebenarnya tidak siapa yang boleh memaksa anda. Anda yang berhak mmebuat pilihan untuk tidak merajuk.
4. LIHAT KELUAR TINGKAP
Bila anda rasa hendak merajuk, lihat keluar tingkap. Kalau nampak awan yang gelap renungkan ada ‘air kehidupan’ didalamnya. Lihat pokok-pokok dan kehijauan lain yang anda sudah lama tidak hiraukan. Lihatlah manusia yang bertaburan seolah-olah tiada pedoman, kasihan mereka. Anda masih bertuah , jangan merajuk.
5. CARI TEMAN BARU
Teman baru membawa tajuk baru, pengalaman baru. Ia dapat membantu apa yang anda rajukkan . Lagi ramai kenalan baru, lagi mudah anda menjauhkan diri dari merajuk.
6. APA KEGEMARAN ANDA ?
Buat sesuatu yang menyeronokkan . Elakkan dari kebosanan hidup. Banyak yang boleh dibuat, membaca , fotografi, kerja kesukarelawan atau mengemas bilik dan halaman rumah anda.
7. SENYUM
Senyum selalu, tak kira dimana. Senyum pada diri anda, pada kawan-kawan, kepada keluarga dan seterusnya kepada dunia.
Mungkin selama ini anda melihat dunia ini gelap dan malap. Tapi itu bukanlah keadaan sebenarnya. Segala-galanya satu persepsi. Kalau kita percaya dunia ini susah dan menyusahkan itulah yang akan dialami. Apa apa yang kita sangkakan terhadap dunia ini akan mengikut rasa dan sangkaan anda. Jadi bersangka baik lah dengan dunia , hentikan tabiat merajuk anda , moga-moga Allah sentiasa akan memberi petunjuk. Terima kasih kerana tidak merajuk.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment