Thursday, May 16, 2013

MASA





Pagi semalam saya menerima sms dari salah seorang sahabat saya mengatakan bahawa isteri dia telah meninggal dunia. Setakat itu sajalah MASA yang Allah berikan kepada dia didunia ini, kita pula masih menunggu giliran masing-masing. Saya berasa sedih atas pemergian beliau tetapi bersyukur kerana dia mati dalam Islam. Dia yang berbangsa Cina telah memeluk Islam buat sekian lama. Apabila muka jenazah itu dibukakan untuk dilihat keluarga dari kaum Cina yang baru sampai, mereka menitiskan air mata. Walupun berlainan agama tapi masih adik beradik.


Bertambah hiba saya apabila talkin dibacakan , sebahagiannya berbunyi “ Insaflah wahai Pulanah binti Pulanah. Bahawasanya mati itu benar , soalan Munkar dan Nakir didalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar , berkumpul dan berhimpun diPadang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum dikolam air Nabi adalah benar. Bahawasanya hari kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang didalam kubur”

Oleh itu saya memperingatkan diri saya dan pembaca semua supaya berhati-hati menggunakan masa kerana masa itu tidak kekal dan habis jua. Peribahasa melayu mengatakan “Masa itu emas” menunjukkan betapa bernilainya masa. Tetapi masa lebih bernilai dari itu saperti yang dinukilkan banyak pujangga dunia, diantaranya:

1. Mereka yang tidak pandai mengurus masa akan sentiasa mengeluh kesuntukan masa ( La Brayere)

2. Tiada apa yang kita miliki kecuali masa ( Geothe)

3. Mereka yang memiliki masa memiliki segalanya ( Benjamin Disraeli)

4. Masa ibarat pedang . Jika kita tidak menggunakan untuk memotong ia akan memotong kita (Pepatah Arab)

5. Anda sentiasa menangguhkan tetapi masa tidak menunggu (Benjamin Franklin)

6. Masa yang hilang tidak akan ditemui lagi ( Benjamin Franklin)

7. Semua bunga yang akan kembang esok adalah bernilai pada masa ini (Pepatah Cina)

Diantara banyak-banyak peringatan tentang masa, peringatan dari Al Qur’an lah yang paling tepat dan patut diamalkan :

“Demi masa . Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang=orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” –Al Asr

Amalkanlah peringatan Allah ini semoga kita selamat didunia dan selamat diakhirat. Amin. Terima kasih lagi pada pembaca yang budiman .

Quote of the day




1 comment:

  1. the sparrows
    remind me of my sorrows
    while I sit here counting
    what I have
    and what l have lost...

    ReplyDelete