Monday, May 27, 2013

PEMIMPIN : PELAJAR / PEKERJA / MASYARAKAT





Ada orang dilahirkan sebagai pemimpin. Ada orang susah untuk memimpin. Walau bagaimanapun ilmu kepimpinan ini boleh dipelajari dan mau tidak mau kita semua adalah pemimpin dalam lingkungan kita sendiri. Oleh itu Islam amat menggalakkan kita untuk menuntut ilmu, terutama ilmu kepimpinan.


10 CIRI-CIRI PEMIMPIN PELAJAR/PEKERJA CEMERLANG

1. MISI: Setiap pemimpin mesti mengetahui misi pertubuhan , mengapa pertubuhan wujud dengan bertulis

2. VISI: Kemana anda mahu membawa ahli. Mesti memberi gambaran jelas supaya ahli boleh membayangkan visi tetapi mantap dan realistic untuk dicapai.

3. MATLAMAT: Mestilah jelas, terperinci dan mesti boleh capai.

4. KECEKAPAN: Mesti dapat menzahirkan sifat kepimpinan kepada orang atasan (pensyarah) dan mampu mengajak dan memimpin ahli untuk mengikut pengalaman akan bertambah semasa anda melaksanakan tugas.

5. PASUKAN YANG KUAT: Tidak semua pemimpin mengetahui segalanya.Dia mesti mengakui kelemahan dan menggunakan kelebihan pasukannya untuk mendapat keyakinan dan penyelesaian sebarang masalah .

6. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI: Pemimpinmesti jelas dan santun dalam memberi arahan e-mail dan surat menyurat juga mesti mudah untuk difahami. Perhubungan dengan ahli (pelajar) atau pekerja mesti akrab.

7. KEMAHIRAN BERINTERAKSI: Mesti berasa selesa untuk berinteraksi dengan ahli ( pelajar) dan mudah didampingi atau dirujuk oleh mereka. Mempunyai sifat keterbukaan.

8. SIKAP YAKIN BOLEH: Menunjukkan beberapa pencapaian dan ini meyakinkan ahli atau pekerja untuk membantu dan menyumbang.

9. INSPIRASI: Sesekali pemimpin (bos) mesti memberi galakan terus kepada orang bawah dan menambah keyakinan diri mereka.

10. CITA-CITA: Pemimpin mesti selalu menunjukkan kesungguhan dalam usahanya dan ini memberi galakan kepada orang bawahan untuk lebih giat lagi .



Perkara asas dalam perbincangan ini ialah anda sebagai ketua/pemimpin mesti sentiasa dapat dilihat orang bawahan dalam keadaan ‘memimpin dan membantu’ , ini akan memberi mereka keyakinan untuk terus bersama anda.Terjemahan dari artikal : Dr. David G. Javitch
Banyak pendapat lain telah diperkatakan tentang sifat PEMIMPIN , diantaranya ialah:

 1. PRODUKTIF BUKAN REAKTIF
Pemimpin yang cemerlang akan memikirkan 3 langkah kehadapan, cuba mengelak masalah sebelum ia berlaku.

2. FLEKSIBEL DAN BERSESUAIAN
Menghadapi masalah baru dengan penyesuaian dengan persekitaran.

3. BIJAK BERKOMUNIKASI
Sentiasa bertanya, memikirkan segala kemungkinan dan memimpin kearah yang betul.

4. DIHORMATI
Menghormati orang lain dan akhirnya dihormati

5. BERKEYAKINAN
Berkeyakinan tinggi tetapi merendah diri pada waktu yang sama

6. BERSEMANGAT
Semangat selalunya berjangkit.Pemimpin yang bersemangat akan membakar semangat pengikut pekerja.

7. KETERBUKAAN
Pemimpin yang baik mendengar semua pendapat dan membuat keputusan untuk kebaikan semua.

8. PINTAR
Gunakan segala kepintaran anda, kalau tidak ada jawaban, rujuk kepada sumber lain. Pemimpin mesti menyediakan kemudahan informasi.

9. GANJARAN
Memberi ganjaran selayaknya kepada sebarang pencapaian .Manusia suka dihargai.

10. TERPELAJAR
Ilmu berkuasa. Tambah ilmu setiap masa, terutama dalam bidang yang berkaitan dengan tugas anda.

11. TERBUKA UNTUK PERUBAHAN
Segala penemuan dan polisi baru boleh digunakan kalau ia mendatangkan kebaikan kepada organisasi anda.

12. BERMINAT DENGAN MAKLUM BALAS
Sedia mendengar maklum balas dari orang bawah untuk kebaikan bersama.

13. TERATUR/TERSUSUN
Persiapan mesti teratur untuk mesyuarat , persembahan dan semua peristiwa. Ini meyakinkan lagi kakitangan terhadap anda.

14. MENILAI
Sentiasa menilai pencapaian dan bersedia mengubah cara bekerja kepada yang lebih produktif.

15. KONSISTEN
Kepimpinan anda mestilah konsisten supaya memberi keyakinan kepada pengikut.

16. MEWAKILKAN
Seorang pemimpin tidak boleh melakukan semua kerja bersendirian, dia perlu mewakilkan kepada orang-orang kelilingnya yang difikirkan layak.

17. INISIATIF
Seorang pemimpin mesti bekerja sebagai pendorong semangat yang berinisiatif . Dia juga sebagai kunci dalam perancangan , pelaksanaan , idea baru, dasar dan majlis promosi (events)



Dalam berbicara tentang kepimpinan, kita tidak boleh lari dari berbicara dalam kontek yang lebih luas, iaitu kepimpinan masyarakat/rakyat dari sudut Islam. Ciri-ciri berikut dipetik dari blog’Ustaz Cambodia”

1. Lemah lembut

2. Kasih sayang dan pemurah

3. Tidak emosi

4. Mendoakan penentang

5. Mengingatkan kepada Tuhan menyedarkan kepada mati

6. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga

7. Tenang menerima ujian

8. Tidak senang dengan pujian

9. Tidak  menjawab kejian

10. Marahnya dalam batas syariat

11. Selalu memberi maaf

12. Sedikit gurauan

13. Mendengar pandangan

14. Peka dengan kehidupan rakyatnya

15. Sangat sabar dengan kerenah manusia

16. Adil pakaiannya

17. Pemurah tradisinya

18. Cita-cita dan kemahuannya tinggi dan keras

19. Tidak mengugut sesiapa

20. Tidak kecewa dan putus asa

21. Musuhnya sangat benci walaupun hati mereka mengakui kebenaran yang dibawa.

22. Mencorak masyarakat , bukan dicorak masyarakat. Prinsip Islamnya berterusan. 

23. Percakapan atas dasar ilmu dan berlandaskan Islam

24. Tidak menjawab tuduhan , atau sekadar menjawab sebagai penerangan.

25. Tidak mendabik dada atas kejayaan

26. Tidak sombong dan tidak mengungkit jasa

27. Merendah diri atau tawadhu’

28. Bercakap bila perlu

29. Tiada kerja yang sia-sia

30. Dirinya menjadi contoh atau model

Walau apa pun kedudukan anda, belajarlah ilmu kepimpinan . Turunkan ilmu pada anak anda , pada cucu-cucu. Banyak pemimpin yang berwibawa, jujur , ikhlas dan cekap diperlukan dimasa hadapan. Paling tidak anda menyumbang kepada generasi yang terpimpin untuk memimpin. Terima kasih.

Quote of the day



No comments:

Post a Comment