Saturday, May 4, 2013

PILIHANRAYA





Semalam 3hb May 13 , solat Jumaat di Mesjid Abu Bakar , SS19 Subang Jaya . Khutbah bertajuk ‘Pilihanraya Penentu Masa Depan Negara’. Berikut sebahagian daripada petikan khutbah tersebut :

Pada hari ini dengan rasa insaf saya ingin mengingatkan bahawa berpolitik merupakan suatu kewajipan kepada umat Islam. Oleh itu, sebagai Muslim kita diwajibkan mengambil bahagian atau sekurang-kurangnya menjadi pemilih untuk membentuk kerajaan. Penglibatan umat Islam dalam bidang politik amat perlu dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya.

Kita juga hendaklah memahami bahawa soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak.
Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38:
 “Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya”.

Sebagai pemimpin, kita hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati tanpa adanya kepentingan peribadi atau sebagainya. Jika kita gagal melaksanakan tugas dengan adil dan mengutamakan kebajikan untuk rakyat maka sudah tentulah besar kesalahannya dan akan diazab oleh Allah di akhirat kelak.


Jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam al-Qurtubi menjelaskan dalam kitab ‘Al-Jamik li Ahkamil Quran’ bahawa;

“Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, bijaksana,amanah, ihsan dan bersifat mulia. Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadipemimpin”.

Hadis daripada Huzaifah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di. akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada golongan ku dan aku daripada golongannya dan dia akan menemuiku di haudh”. (Riwayat Imam Ahmad)

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan-ejekan dan permainan di kalangan orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu dan orang kafir musyrik itu sebagai pemimpin dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman”. (Al-Maidah : 57)

SELAMAT MENGUNDI . Terima kasih.

Quote of the day

We don’t change Allah’s message. His message change us


No comments:

Post a Comment