Monday, May 20, 2013

KEARAH KEYAKINAN DIRI





Seorang peguam datang berjumpa Julian, perunding ‘sub conscious specialist’ yang terlatih di London, mengadu akan perasaan rendah dirinya. Rendah diri tidak semestinya orang yang tidak terpelajar atau remaja sahaja. Semua golongan masyarakat boleh dijangkiti penyakit ‘rasa rendah diri’.

Sebelum kita mencari penyelesaian penyakit ini kita lihat dulu ciri-ciri orang yang menghidapi masalah rendah diri ini :

1.    Mengasingkan diri dari masyarakat

2.    Kurang keyakinan diri dan kurang kemampuan bergaul 

3.    Masalah pemakanan

4.    Tidak tahu menerima pujian

5.    Tidak menilai kebaikan diri

6.    Kerisauan tidak menentu

7.    Membesar-besarkan perkara negatif

8.    Terlalu memikirkan ‘apa orang lain kata’

9.    Tidak mengambil berat tentang diri sendiri

10. Terlalu menjaga hati orang tetapi tidak menjaga perasaan sendiri

11. Tidak mahu menghadapi cabaran

12. Tidak menyakini pendapat sendiri

13. Tidak mengharapkan pencapaian besar untuk diri sendiri



Diantara penyelesaian yang dicadangkan ialah mengamalkan 7 sikap remaja Islam untuk berjaya :

1.    JUJUR. Untuk menyatakan sesuatu kebenaran memanglah berat tetapi ingat, kalau kita tidak berterus terang dengan ibu bapa umpamanya, Allah tetap mengetahui.

2.    BOLEH DIPERCAYAI. sama ada anda seorang pelajar, ibu bapa atau pemimpin, anda mesti boleh dipercayai. Laksanakan semua kewajipan anda.

3.    KAWAL DIRI DAN SENTIASA INGAT ALLAH. Kejayaan anda bergantung sejauh mana anda boleh mengawal diri dari benda-benda yang tidak berfaedah ataupun membuang masa. Berbekalkan takwa, insya-Allah anda akan berjaya.

4.  MENYELURUH. Bukan sahaja dalam kehidupan kita malah dalam kalangan orang-orang sekeliling kita. Menyeluruh dalam ibadah pula bermaksud teliti dalam bacaan dan perbuatan amalan kita.

5.    FOKUS. Bermaksud sedar, prihatin dan bersemangat dalam hal-hal yang anda lakukan sama ada pelajaran, pekerjaan mahupun ibadah.

6.   MENEPATI WAKTU. Dalam setiap temujanji anda mesti menepati waktu bukan sahaja untuk kebaikan anda tetapi supaya tidak merugikan masa orang lain. Apatah lagi temu janji dengan Allah – SOLAT. Rasulullah S.A.W pernah menyatakan amalan yang disukai Allah ialah solat diawal waktu, barulah anda cemerlang.

7.   ISTIQAMAH. Amalan anda mestilah berterusan dan selalu (kerap), terutama di bidang yang anda perlu baiki. Dalam pelajaran atau ibadah umpamanya.



Selain daripada perubahan sikap diatas ada juga dicadangkan beberapa langkah lagi untuk meningkatkan rasa rendah diri anda. Diantaranya :

1.    Jangan membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain.

2.   Jangan merendahkan diri anda dengan mengulang – oleh kelemahan, kekurangan, kecacatan dalam bidang apapun.

3. Terima penghargaan dengan ucapan terima kasih. Kalau anda menolak penghargaan,anda tidak memberi nilai terhadap diri anda.

4.   Sentiasa yakinkan diri anda dengan tulisan seperti ‘saya yakin dan suka akan diri saya’. Tulis ditempat-tempat yang senang dilihat.

5. Hadiri kursus-kursus motivasi. Baca buku-buku berfaedah. Elakkan menonton rancangan tv yang tidak bermoral.

6.  Bergaul dengan orang-orang yang membantu dan berkeyakinan tinggi. Elakkan kawan-kawan yang tidak ada daya juang (negatif).

7.  Tuliskan kejayaan-kejayaan anda yang lalu walaupun kejayaan itu kecil. Baca     kejayaan tesebut dengan menutup mata dan bayangkan perasaan gembira semasa mencapai kejayaan tersebut.

8.   Tuliskan sifat positif anda, sampai 20 sifat, jika ada. Jujur, suka membantu, kreatif, tidak kedekut, peramah dan lain-lain. Baca sifat-sifat ini berulang kali.

9.  Banyak memberi. Bukan dalam bentuk kebendaan tetapi dalam bentuk bantuan-bantuan lain.

10. Libatkan diri dalam kerja-kerja yang anda minati. Hobi atau kerja-kerja   menyeronokkan. Ini dapat membuat diri anda rasa berguna.

11. Ikhlas pada diri sendiri. Hidup dengan cara dan petunjuk Islam. Jangan meniru cara hidup orang lain.

12. Bertindak segera. Jangan teragak-agak atau tertunggu-tunggu untuk membuat     keputusan yang baik. 

Melangkahlah dengan segera kearah diri yang lebih berkeyakinan. Ketahui kelebihan anda, capai sesuatu walapun kecil, lawan ketakutan anda dan lihat hikmah dalam setiap yang berlaku.Insya-Allah kejayaan akan tercapai. Terima kasih dan selamat mencuba!

Quote of the Day 



No comments:

Post a Comment