Monday, May 6, 2013

DEMAM PRU





Hari ini masih lagi demam. Demam PRU 13. Ada yang kalah . Ada yang menang. Yang pasti kalau nak menang dalam apa bidang pun kita mesti ada kunci –KUNCI KEJAYAAN, tetapi satu perkara yang pasti , jangan sesekali menipu, khianat dan main kotor.



1. Thabat/fathbutu
“Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapnya”

2. Memperbanyakkan zikrullah
“Sebutlah serta ingatilah allah ( dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)

3. Mentaati Allah dan RasulNya
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya”

4. Tidak berbantah-bantah
“dan janganlah kamu berbantah-bantah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu”

5. Sabar
“dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan akal hati ) sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar”

6. Ikhlas
“dan janganlah kamu menjadi saperti orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana ingin dipuji) serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah”

Begitulah sebahagian dari kunci-kunci kejayaan . Selamat beramal . Terima kasih.

Quote of the day

God gives every bird a worm , but He does not throw it to the nest.

No comments:

Post a Comment