Sunday, May 19, 2013

PROMOSI PELANCONGAN – PROMOSI SYURGA





Melancong memanglah impian ramai orang. Yang ‘berada’ akan pergi jauh keluar negara dan yang ‘kurang berada’ pula akan berpuas hati dengan tempat-tempat pelancongan dalam negara.

Lokasi tarikan pelancongan pula berebut-rebut mengiklankan tarikan mereka dengan harapan mendapat pengunjung yang ramai sekaligus menjana pendapatan yang tinggi. Diluar negara umpamanya mereka berbelanja berjuta ringgit dalam bentuk iklan dan promosi.

Di negara kita, iklan dan promosi  diperlukan tahun demi tahun. Kalau tidak mana mungkin kita tahu yang Johor akan menjadi seperti Orlando, Florida di Amerika Syarikat yang menjadi taman tema terbesar di Asia Tenggara. Kalau tidak dipromosi, ramai mungkin tidak tahu Pulau Kukup merupakan kawasan bakau terbesar didunia.

Promosi amat penting untuk menarik dan memeriahkan pengunjung ke diari pelancongan Malaysia seperti Kelantan International River Festival, Sabah Folklore Festival dan banyak lagi. 


Kita juga jangan lupa untuk mempromosi destinasi yang amat hebat lagi. Terlalu hebat hingga tidak pernah dilihat oleh mata, tidak boleh dibayangkan oleh pemikiran. Destinasi agung dan kekal – SYURGA.Kita tidak mampu untuk berbicara tentang kecantikan dan kehebatannya, tetapi kita disuruh mengajak orang ke syurga dengan melakukan kebaikan.

‘Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah’ – Ali Imran ayat 110.

Dan surah As-Sajadah ayat 33 :

Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah mengerjakan amal soleh dan berkata ‘sesungguhnya akan termasuk orang-orang yang berserah diri’.

Dalam membuat promosi kebaikan untuk ke syurga ini, kita tidak perlu risau tentang kemampuan kita. Memadailah seperti perintah Rasulullah S.A.W yang bermaksud : ‘Sampaikanlah tentangku atau daripadaku walau satu ayat’.

PROMOSI SYURGA

Jadual untuk promosi kebaikan (syurga) ini amatlah muda. Tiap-tiap hari anda cuba sampaikan satu ayat pada setiap orang yang anda jumpa, insya-Allah dalam masa dua bulan, satu kitaran promosi akan selesai tapi mestilah mula dari hari ini. Galakkan mereka supaya :

1. Taubat   
2. Menuntut ilmu  
3. Halakah zikir dan mengaji   
4. Zikir  
5. Berbuat dan mengajak kepada kebaikan  
6. Berdakwah dijalan Allah  
7. Amar ma’ruf nahi mungkar  
8.  Belajar Al-Quran, membaca dan menghafalnya  
9. Belajar Al-Quran di masjid   
10. Memberi salam  
11. Berjabat tangan  
12. Cinta kerana Allah  
13. Ziarah kerana Allah  
14. Membantu orang lain  
15. Membahagiakan orang beriman  
16. Memberi pinjaman wang  
17. Menolong orang dalam masalah hutang  
18. Menutupi aib orang  
19. Membela kehormatan sesama Muslim        
20. Mendamaikan manusia  
21. Silaturrahim  
22. Akhlak yang baik                      
23. Menyingkirkan gangguan dijalan  
24. Menanam tumbuh-tumbuhan
 25. Jujur  
26. Penyayang  
27. Keutamaan taqwa  
28. Tawadhu’ kerana Allah  
29. Zuhud terhadap dunia  
30. Berbakti kepada orang tua  
31. Berbakti kepada ibu saudara  
32. Membantu janda dan anak yatim  
33. Wudhu’  
34. Berwhudu’ dalam keadaan yang tidak menyenangkan  
35. Mengucapkan syahadah dan berdoa sesudah berwhudu’  
36. Azan  
37. Doa selepas mendengar azan  
38. Membangunkan masjid  
39. Siwak (Bersugi)  
40. Berjalan menuju tempat solat  
41. Solat diawal waktu  
42. Solat berjemaah  
43. Berada dalam saf pertama dalam solat berjemaah  
44. Mengucapkan AMIN  
45. Ucapan makmum dalam iktidal  
46. Solat jumaat  
47. Awal sampai untuk solat jumaat  
48. Waktu mustajab pada hari jumaat  
49. Solat nafilah ataupun sunat  
50. Solat dhuha  
51. Sujud  
52. Qiamullail (Tahajjud)
53. Berzikir setelah solat subuh hingga terbit matahari  
54. Berzikir setelah solat asar hingga terbenam matahari  
55. Zikir tatkala bangun dari majlis  
56. Istighfar  
57. Ucapan (Laa Haula wa Laa Quwwata Illa Billah)  
58. Selawat kepada Nabi  
59. Puasa  
60.  Puasa  tiga hari setiap pertengahan  bulan.

Pahala mengajak kepada kebaikan :

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi S.A.W sabdanya : ‘Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik adalah baginya pahala  sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka dan sebaliknya. Siapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan adalah dia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.’ – (Muslim Abu Daud dan Tarmizi). Selamat mempromosi kebaikan dan seterusnya mempromosi syurga. Amin dan terima kasih.

Quotes of the Day :


No comments:

Post a Comment