Saturday, May 25, 2013

10 PERKARA YANG TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH





1. Ilmu yang tidak diamalkan 

2. Amalan yang tidak ikhlas atau dilakukan kerana mengikut-ikut orang lain.

3. Duit yang disimpan. Tuan yang empunya tidak dapat manafaatnya didunia dan tidak dapat ganjaran diakhirat.

4. Hati yang kosong dari cinta dan rindu kepada Allah , dan tidak berusaha menghampiriNya.

5. Jasad yang ingkar dan tidak taat kepada Allah.

6. Cinta pada Allah tetapi tidak mengamalkan arahanNya dan tidak mengharapkan redhaNya

7. Masa yang tidak digunakan untuk menjauhi dosa dan tidak diguna untuk membuat kebaikan.

8. Berfikir perkara-perkara yang tidak berfaedah.

9. Bekerja atau bersahabat dengan manusia yang tidak mengajak anda taat kepada Allah dan tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada anda.

10. Berharap atau takut kepada manusia yang dibawah kekuasaan Allah , walhal mereka sendiri tidak boleh memberi rezeki , tidak boleh menghidup atau mematikan apatah lagi membangkitkan yang sudah mati.

Walau bagaimanapun banyak perkara-perkara saperti ini mengisi hati dan membuang masa manusia. , merugikan kerana banyak mengharapkan dunia dari ganjaran diakhirat, dan banyak mengharapkan sesuatu yang sementara. Kebaikan sebenar hanya mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Allah. Terima kasih.

Quote of the day



           

No comments:

Post a Comment