Apabila kesunyian dan kesepian membebani diri anda ingatlah itu hanya satu ilusi, perasaan. Ingatlah anda bukan keseorangan . Anda dikelilingi petunjuk, keberkatan dan penjagaan. Anda dikasihi walaupun tanpa anda sedari. Anda bukan keseorangan. Allah sedang memerhatikan setiap langkah pergerakan anda. Ingatlah janji Allah. “Allah tidak akan memberi kesusahan seseorang hambanya melainkan apa yang terdaya buatnya”(Al Baqarah: 233)
Tetapi kesunyian yang kita perlu risaukan ialah kesunyian didalam kubur. Persiapan dan bekalan mesti dilakukan.Mujahid mengatakan “Yang pertama menyapa simati ialah lubang kuburnya. Ia mengatakan : Akulah rumah ulat dan cacing-cacing , rumah sepi, gelap dan keseorangan. Inilah persiapanku untukmu, apakah pula yang engkau persiapkan untukku?”
Rasullullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya : “Apabila seseorang itu hendak dihimpit didalam kuburnya dari sebelah kepalanya, maka datanglah ibadat tilawatul Qur’an (yang telah dilakukan semasa didunia) menghalangnya. Apabila himpitan itu datang daripada hadapannya, ia dihalang oleh ibadat sedekahnya, dan apabila himpitan itu datang daripada arah kakinya , ia dihalang oleh (ibadah) pemergiannya ke mesjid-mesjid”
Ya Allah, matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid. Terima kasih kerana sama-sama berfikir.
Quote of the day
No comments:
Post a Comment