Wednesday, May 29, 2013

MANISNYA MADU TAPI TAK SEMANIS IMAN







Tahukah anda bagaimana proses pengambilan madu Lebah Tualang ? Ia adalah proses yang amat sukar dan membahayakan kerana lebah-lebah tersebut selalunya tinggal dipokok Tualang yang amat tinggi kadang-kadang sampai setinggi bangunan 12 tingkat. Kadang-kadang proses mengambil madu ini dilakukan diwaktu malam dan jauh kedalam hutan.

Pernah juga dalam satu kejadian seorang pemburu manisan Lebah Tualang ini meninggal dunia diatas pokok Tualang. Semua ini sanggup dilakukan manusia kerana madu Lebah Tualang sangat mahal harganya dipasaran dan sekali gus menjanjikan pemburu lebah tersebut ganjaran yang lumayan.



Allah pula telah menjanjikan kita satu pemburuan yang amat tinggi ganjarannya. Tidak perlu kehutan belantara , tidak perlu memanjat pokok, tidak perlu bertarung dengan lebah-lebah yang berbisa, cuma bangun malam dan Solat Tahajjud . Lebih kurang 10 ke 20 minit , ia boleh menyelesaikan banyak masalah – Inshaa Allah.

Hadis Rasullulah S.A.W bermaksud : “Barangsiapa mengerjakan Solat Tahajjud dengan sebaik-baiknya, dan tata tertib yang rapi maka Allah akan mengurniakan 9 jenis kemuliaan : 5 jenis didunia dan 4 jenis diakhirat.
Kemuliaan didunia:



1. Akan dipelihara oleh Allah S.W.T dari segala macam bencana.

2. Tanda ketaatannya akan kelihatan dimukanya.

3. Akan dicintai para hamba Allah yang soleh dan dicintai oleh semua manusia.

4. Lidahnya akan mampu mengucapkan kata-kata yang mengandungi hikmah.

5. Akan dijadikan orang bijaksana , ia itu diberi pemahaman dalam agama.

Kelebihan diakhirat

1. Wajah berseri ketika bangkit dari kubur dihari pembalasan nanti.

2. Akan mendapat  keringanan ketika dihisab

3. Mudah menyeberangi titian Siratul Mustaqim, boleh melakukannya secepat kilat.

4. Catatan amalnya diberikan ditangan kanan.



Selain dari itu banyak lagi keutamaan-keutamaan solat malam yang disokong oleh hadis-hadis Rasullullah S.A.W diantaranya secara ringkas :

1. Ia mendekatkan diri kepada Allah , penghapus berbagai kesalahan dan pencegah dari perbuatan dosa.

2. Solat malam merupakan solat para abraar (orang-orang yang banyak membuat kebaikan)

3. Satu amal yang menyebabkan pelakunya masuk syurga.

4. Terlepas daripada ikatan syaitan

5. Menyebabkan rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya.

6. Memperoleh cinta Allah

7. Termasuk golongan ahli zikir

8. Termasuk golongan orang-orang yang mulia dalam umat nabi Muhammad S.A.W

9. Solat yang paling dituntut sesudah solat lima waktu.

10. Memiliki syurga , khusus bagi pengamal solat malam

11. Mendapat doa waktu doa paling makbul

12. Allah memberikan apa yang diharapkan dan menjauhkan apa yang ditakuti.

13. Orang yang berniat untuk bangun malam ( solat ) tetapi tertidur masih diberi pahala yang sama.


Setiap amalan yang tinggi ganjarannya memanglah susah untuk dilakukan. Sebab itulah kita mesti faham tentang tuntutan sesuatu amalan itu dan lebih baik lagi kalau kita memahami ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah. Berbagai ransangan untuk kita lebih mudah untuk solat malam, berikut adalah tambahan ganjaran-ganjaran bagi mereka yang rajin solat malam:

Keutamaan  Ahli Tahajjud

1. Diberi kedudukan (makam) yang terpuji

2. Allah akan mengangkatnya ketempat lebih tinggi.

3. Solat yang utama setelah solat wajib

4. Digolongkan kedalam orang yang berbuat baik, dan mendapat rahmat Allah
.
5. Digolongkan kedalam orang yang diberkati bagi yang biasa mengerjakanya.

6. Allah S.W.T memberi kesaksian bahawa mereka beriman kepada ayat-ayatnya

7. Allah hendak menyamakan mereka dengan orang-orang yang  memiliki sifat terpuji .

8. Menjadi sabar dan kuat iman .

Pengaruh Solat  Tahajjud dalam kehidupan

1. Menguatkan rohani

2. Doanya mustajab

3. Diberi ketenangan dan kesabaran

4. Diangkat ketempat  yang terpuji

5. Kata-katanya wajar dan didengar



Walau bagaimanapun Islam bukanlah agama yang mementingkan diri sendiri sahaja, Islam menggalakkan kita mengajak orang yang paling rapat , isteri supaya turut solat malam. Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasullullah S.A.W  bersabda yang maksudnya:

“Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dam mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air diwajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah) . Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya” ( Riwayat Abu Daud)
Kejarlah kemanisan iman kerana ia lebih manis dari madu. Terima kasih.

Quote of the day




No comments:

Post a Comment