Cicadas atau cengkerik atau apa yang kita selalu panggil dikampung sebagai riang-riang adalah sejenis serangga yang unik. Putaran hidupnya bermula dari sebiji telur , kemudian jatuh kebumi sebagai ulat , masuk kedalam tanah , keluar semula sebagai riang-riang, mengawan dan mati. Yang uniknya riang-riang ini hidup didalam tanah sebagai ulat hingga tujuh belas tahun, keluar semula kepermukaan bumi , hidup selama dua ke empat minggu sahaja dan mati. Cengkerik ini mengeluarkan bunyi yang amat bising untuk menarik perhatian cengkerik betina dan dengan itu orang-orang dikampung memanggilnya ‘riang-riang’ bersesuaian dengan hidupnya yang selalu ‘menyanyi’
Riang-riang betina selalunya bertelur sehingga empat ratus biji setiap seekor. Riang-riang akan keluar sesudah tujuh belas tahun didalam tanah pada bulan Jun ke Ogos. Di Connecticut Amerika Syarikat biasanya riang-riang yang sudah matang ini akan keluar dengan banyak, dari berpuluh ribu ekor hingga kesatu setengah juta ekor setiap keluasan satu ekar tanah. Riang-riang lahir kedunia tidak mendatangkan kerosakan , malah ia menjadi makanan kepada burung dan binatang-binatang lain.
Jadi kalau anda terjumpa atau terdengar ‘riang-riang’ berbunyi , nikmatilah kejadian Allah yang ajaib itu , kerana anda akan dapat mendengar riang-riang itu berbunyi pada tujuh belas tahun yang akan datang itupun kalau sempat.
Kita manusia , lain pula ceritanya. Hidup kita didunia sebentar sahaja , kalau dibandingkan dengan akhirat. Dalam waktu yang singkat itu , kita banyak melakukan kerosakan didunia.Oleh itu adalah amat bijak kalau kita merancang dan membuat persiapan untuk hidup selama-lamanya diakhirat nanti.Allah telah berfirman dalam surah Al Mu’min ayat 39:
“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan ( untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal”
Surah Adz Dzariyaat ayat 5:
“(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu ( mengenai hari akhirat) tetap benar .
Surah Al A’laa ayat 17 :
“Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal”
Sebaik- baik persiapan ialah kita segerakan bertaubat dan melakukan amalan-amalan yang boleh menghapuskan dosa diantaranya :
1. Menyempurnakan wudhuk dan berjalan ke mesjid
2. Puasa pada Hari Arafah dan Asyura
3. Solat Terawih dibulan Ramadan
4. Haji yang mabrur
5. Memaafkan hutang orang yang sukar membayarnya
6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa
7. Memberi salam dan berkata baik
8. Sabar diatas musibah yang menimpa
9. Menjaga Solat lima waktu dan Solat Jumaat serta puasa Ramadan
10. Mengumandangkan azan
11. Solat fardhu lima waktu
12. Memperbanyakkan sujud
13. Solat malam atau Tahajjud dengan Qiamullail
14. Berjihad dijalan Allah S.W.T
15. Mengiringkan Haji dengan Umrah
16. Perbanyakkan sedekah
17. Menegakkan hukum Hudud yang sesuai dengan syariat Islam
Sama-sama kita pertingkatkan amalan kita, keluarga kita dan sahabat handai kita supaya semua kita akan beruntung didunia dan beruntung diakhirat. InshaaAllah.Terima kasih.
Quote of the day
sangat la membantu. =="
ReplyDeleteKalau selalu dengar hari hari paling tak selang minggu sejak 2-3 tahun jadi mangsa T.I hampir 20tahun...
ReplyDeleteMengapa binatang ini muncul hanya pada tahun baru cina sahaja?
ReplyDeleteSetuju
ReplyDeleteRumah Saya Ada ,4 ekor reriang skg bermain di luar lampu rumah
ReplyDeleteHari2 dengar bunyi riang2 ni.. di gunung, terasa ketenangan dn meriangkan
ReplyDeleteTk menganggu sngt -,- tiap² thn dri drjh 4 dia akan kacau saya and skrng dia tgh lepak dlm rumah saya -,-
ReplyDeleteTk menganggu sngt -,- tiap² thn dri drjh 4 dia akan kacau saya and skrng dia tgh lepak dlm rumah saya -,-
ReplyDeleteTk menganggu sngt -,- tiap² thn dri drjh 4 dia akan kacau saya and skrng dia tgh lepak dlm rumah saya -,-
ReplyDeleteDia gigit x? Takut...dia ada kat dlm tandas asrama, adoi
ReplyDeleteyang aku risau muka riang2 sebijik mcm muka rosnah md aris pelakon..
ReplyDelete