Thursday, May 9, 2013

CHECKLIST KE KUALA TRENGGANU




Hari ini saya dalam perjalanan ke Kuala Trengganu. Walaupun nak pergi Cuma empat hari , tapi macam-macam tulis dalam check list takut-takut terlupa . Pakaian, charger hand phone, berus gigi, ubat gigi , buku dan entah apa-apa lagi . Macam mana dengan persiapan akhirat kita ? Saya terjumpa dalam www.carigold.com  yang disenaraikan saperti berikut:

1. Khatam al-Qur’an sebulan sekali

2. Puasa Isnin dan Khamis

3. Bersedekah selalu

4. Mempelajari sirah Rasullullah s.a.w

5. Istighfar sekurang-kurang 70 kali sehari

6. Waktu dihabiskan menambah ilmu atau TV

7. Peratusan waktu untuk dunia dan akhirat  ? Seimbang ?

8. Umur bertambah, semakin bertambah rapat dengan Allah ?

9. Beramal dengan yang Makruf, melarang kemungkaran.

10. Yang utama, semua amalan wajib mesti dibereskan.

Ini adalah sebahagian kecil yang perlu dibuat sebagai bekalan ke akhirat. Yang utama hidupkan Islam dalam diri anda , dalam keluarga anda,dalam masyarakat dan seterusnya dalam negara. Insyaa Allah ia akan merangkumi semua ‘check list’ anda. Terima kasih.


Quote of the day

Never give the devil a ride . He will always wants to drive.

No comments:

Post a Comment