Sunday, May 26, 2013

JANGAN MARAH




Satu hari, dua orang bergaduh dihadapan Rasullullah S.A.W , Muaz bin Jabal meriwayatkan:
“Dua orang bertengkar dan salah seorang menjadi terlalu marah, seolah-olah hidungnya akan pecah. Rasullullah S.A W bersabda : aku tahu satu ayat kalau diulang-ulang akan meredakan kemarahan ini. Mereka bertanya : Apa dia ya Rasullullah S.A.W . Jawab baginda kamu katakana “Aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang terkutuk” Muaz menyuruh mereka yang bertengkar mengatakan lafaz tersebut, tetapi mereka enggan dan terus bertengkar . Kemarahan mereka bertambah.(Terjemahan dari Sunan Abu Daud-hadis 4762)

Hari ini ramai umat Islam berada dalam keadaan marah-marah , tidak tenteram, bercakar sesama sendiri, resah kerana semata-mata meninggalkan perintah Allah dan pesanan Rasullullah S.A.W . Resepi menahan marah memang sudah lama digariskan Islam, diantaranya hadis Rasullullah S.A.W mengatakan: terjemahan 




1. Tidaklah seorang hamba menahan kemarahan kerana Allah S.W.T kecuali Allah S.W.T akan memenuhi baginya keamanan dan keimanan (HR Abu Dawud-Hasan)

2. Tidaklah hamba meneguk tegukan yang lebih utama disisi Allah S.W.T , dari meneguk kemarahan kerana mengharap wajah Allah S.W.T (Hadis Soheh riwayat Ahmad)

3. Sesungguhnya marah-marah dari syaitan , dan sesungguhnya syaitan dicipta dari api, dan sesungguhnya api dimatikan dengan air. Maka ketika salah satu kalian marah-marah maka hendaklah berwudhu ( HR Abu Dawud)


Sebelum kita berbicara lebih dalam tentang rawatan marah ini, kita lihat dulu tindakan awal yang boleh disegerakan :

1. Katakan “Audhu billahi minashaytan nirajim” (Bukhari dan Muslim)

2. Kalau anda berdiri , dududk. Kalau masih marah, baring ( Abu Dawud)

3. Seseorang mesti berdiam diri( Imam Ahmad)

4. Berwudhuk ( Abu Daud)

5. Mandi ( Abu Nuaim )



Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan membantu kita mengawal kemarahan. Semoga Allah juga menjauhkan kita dari api neraka dan memberi kita petunjuk.
Rawatan marah selanjutnya adalah:

1. MENGARAHKAN NAFSU
Nafsu yang marah mesti diarah kepada nafsu takut akan kemurkaan Allah.

2. BERTAUBAT DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH
Kesilapan berlaku .Kadang kadang kita ‘TERMARAH’ tapi ikutilah kemarahan dengan taubat ataupun memohon ampun pada Allah

3. DUDUK DAN BERSAHABAT DENGAN ORANG ALIM

4. MELAKUKAN KEBAIKAN kepada mereka yang kita marahi sesudah memaaafkan mereka. Saidina Abu Bakar pernah melakukan ini demi untuk mendapat kasih sayang Allah.

5. KEBANGAAN BERSEMBUNYI DALAM LIPATAN KEMARAHAN
Orang yang marah sebenarnya merasai dia lebih dalam beberapa segi dari orang yang dimarahi, awas kebanggaan dan riak yang tersembunyi.

6. MEMAAFKAN KERANA ALLAH
Satu hari seorang isteri termasuk lebih garam dalam masakan. Suaminya memaafkan semata-mata keran Allah. Bila sisuami meninggal , ada orang bermimpi “Bagaimana balasan kau diakhirat ?” Tanya yang bermimpi. “Dasyat, aku di tunjukkan dosa-dosaku tapi Allah mengampuni aku kerana memaafkan isteriku” kata suami yang pemaaf tersebut.

7. KEADAAN ORANG MARAH
Marah diperbuat dari api. Pernahkah anda melihat urat leher yang timbul ketika marah dan mata juga turut merah. Itulah tanda-tanda marah dijadikan daripada api.

8. ‘MEMBUANG’ MARAH
Sesudah anda hilang marah, anda kena meminta maaf kepada orang yang dimarahi, kalau boleh dihadapan orang ramai. Ini boleh menghilangkan ego anda.

9. ‘LAHAWLA WALA QUWWATAILLABILLAH’
Bacaan ini memberi pembacanya taufiq untuk tidak melakukan dosa dan seterusnya membuat kebajikan. Syurga itu dikatakan dimasuki orang-orang yang melakukan kebaikan dan menghalang diri dari melakukan dosa. 

10. TOLERANSI
Kita mesti ada perasaan toleransi , maaf memaafkan dan kasih sayang kepada semua peringkat manusia.

11. MERENDAH DIRI
Bilal adalah  seorang Negro , tetapi Saidina Omar memanggilnya boss ( chief) Bayangkan betapa rendahnya hati seorang menteri (Saidina Omar )

12. DOA
Akhir sekali jangan lupa supaya sentiasa berdoa untuk meminta pertolongan pada Allah dalam apa situasi pun.


Akhir sekali kita sarankan disini satu set lagi ramuan mengawal kemarahan :

1. Akui kemarahan anda. Jangan lari dari masalah , akui kelemahan anda.

2. Diam. Jangan keluarkan walaupun satu patah perkataan. Anda akan lebih tenang dalam keadaan diam.

3. Zip pemikiran anda. Jangan fikir tentang orang yang membuat anda marah. Ingatlah Allah lebih penyayang.

4. Beredar. Sesiapa yang ‘mengalah’ dalam perbalahan akan diberi ganjaran dan pangkat disyurga.

5. Wudhu. Marah dari syaitan . Syaitan dari api. Padamkan kemarahan dengan air (Wudhu)

6. Lupakan kenapa anda marah. Lupakan orang yang dimarahi, alihkan ingatan hanya pada Allah . 

Kalau boleh tambah dengan solat sunat dan baca Al Qur’an , semua ini bukanlah mudah untuk dilakukan, tapi ingat kerehatan yang sebenar akan anda kecapi disyurga nanti. Insyaa Allah.

Quote of the day




No comments:

Post a Comment