Thursday, March 14, 2013

YA ALLAH !




Kadang-kadang kita bertungkus lumus untuk memperbaiki ataupun memperbetulkan kehidupan kita. Malangnya kita terlupa untuk memmohon kepada pemegang kunci penyelesaian semua masalah ia itu Allah . Setiap hari kita mesti memohon kepada Allah atas segala hajat dan pertolongan yang diperlukan : YA ALLAH 

Aku ini hamba Mu yang hina dan banyak dosa.

Aku menghadap Mu hari ini dengan penuh harapan 

Ada kalanya aku berasa tidak berdaya

Ada kalanya aku berasa lemah

Aku berdoa dengan penuh harapan kepada Mu

Aku berharap untuk masa depan yang lebih sempurna

Aku berharap untuk kehidupan yang lebih terurus

Aku berharap untuk kasih sayang dan kehalusan budi

Ada orang mengatakan , sebelum sinar pagi semuanya dalam kegelapan

Aku berdoa kata-kata itu tepat, kerana aku sekarang berada dalam kegelapan

Aku perlukan cahayaMu Allah , dalam setiap sudut hidupku

Aku berdoa untuk dilimpahi rahmatMu dari hujung rambut kehujung kaki

Untuk bermandikan kemuliaan Mu 

Untuk menepati segala kebenaran dalam kehidupan ini 

Saperti yang Kau telah rancang dan saperti yang Kau redhai

Bantulah aku untuk berjalan mengikut cahaya Mu

Dan menghabiskan sisa-sisa hidupku dalam keimanan dan kemuliaan Mu

AMIN

Di terjemah dari Xemia Yasmin Design

Quote of the day

People plans their course but ALLAH GUIDES their footsteps.

No comments:

Post a Comment