Belajar adalah satu perbuatan yang perlu kita buat setiap saat. Allah ada bertanya :
“Adakah sama orang –orang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu” . Jawapannya tentulah jelas.Oleh itu walau dimana pun kita berada , kita mesti mengambil iktibar dari pengajaran dan apa-apa yang kita lihat dan alami.
Minggu lalu saya berpeluang melawat kilang membuat dinding rumah . Seakan-akan bata-bata besar ( 2’x 10’ ) . Saya tanyakan ramuannya. Saya diberitahu ia adalah campuran pasir, simen, batu kerikil ( yang kecil) atau mungkin ada bahan-bahan lain yang dirahsiakan. Tapi mengapa banyak yang pecah ? Saya bertanya lagi . Saya diberitahu yang pecah itu kerana tak cukup bahan campuran. Tak cukup simen. Tak cukup gaul, atau ada apa-apa yang tidak cukup.
Jadi kita hati-hatilah dengan campuran kehidupan kita. Semuanya kena seimbang. Jangan terlalu mengejar dunia tanpa kerohanian yang kuat. Anak-anak kita jangan terlalu menumpu kepada kecermelangan pendidikan , tanpa memikirkan kecermelangan akhirat. Bekalan dunia jangan dihimpun bertimbun tanpa bekalan akhirat.
Allah berfirman dalam Surah Al An’aam ayat 32
“ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan, dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Al An’aam ayat 70
“ Dan jauhkan lah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia; dan peringatkan lah mereka dengan Al Qur’an itu supaya tiap-tiap diri ( diakhirat kelak) tidak terjerumus ( kedalam azab neraka ) dengan sebab apa yang dia telah usahakan ( dari perbuatan yang buruk dan keji).”
ISLAM ADALAH AGAMA YANG MENGIMBANGI DIANTARNYA :
Dunia dan Akhirat
Takut dan Kasihkan Allah
Sabar dan Berterusan
Harapan dan Keimanan
Zahir dan Ghaib
Kedamaian dan Penyerahan
Yang Silam dan Akan Datang
Terlalu kasar dan Terlalu Sopan
Merendah diri dan Berkeyakinan
Sementara dan Kekal
Setiap yang halal adalah baik, tetapi dalam keadaan yang sederhana . Terlalu banyak yang halal pun eloklah dikurangkan. Carilah keseimbangan mengikut Islam dalam kehidupan kita.
Quote of the day
Three things destroy: Greed, Desires and Self Amazement
No comments:
Post a Comment