Friday, March 8, 2013

MAKHLUK AJAIB






“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya ( menghidupkan kamu semula ) . bahawa ia menciptakan kamu dari tanah, setelah sempurna sahaja perinkat-peringkat kejadian kamu , kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran dimuka bumi”. Surah Ar Ruum : 20 

Kehadiran kita didunia ini adalah satu keajaiban. Hadir didunia kecil yang berputar diawangan, berfikir sendirian, berlayar dilautan, bercucuk tanam, berkeluarga, beribadat, bermaafan dan akhirnya meninggal dunia kesemuanya satu keajaiban.

Aspirasi, harapan dan keberanian adalah keajaiban dan pemberian Allah. Disamping itu setiap kita mempunyai potensi untuk menjadi pekerja ajaib. Keajaiban untuk merubah dunia, menyebarkan keamanan, memberi contoh kasih sayang dan keimanan yang mantap.

Sesiapa yang menyuarakan kebenaran, sesiapa yang menumpukan hidup mereka untuk membantu manusia lain, yang menanam pokok-pokok dan membantu spesis terancam dari pupus, yang membesarkan anak-anak soleh dalam dunia yang penuh gelora ini , mereka ini adalah MAKHLUK AJAIB

Fikirkanlah , anda adalah sebenarnya seorang MAKHLUK AJAIB.  Begitulah anak-anak Adam yang menakjubkan. Kalau mereka menjauhkan diri dari hasad dengki , ketaksuban dan dendam, beralih pula kepada kasih ( belas kasihan ) juga persahabatan , mereka akan menjadi MAKHLUK AJAIB didunia dan akhirat, Inshaa Allah .

Quote of the day

Among the most beloved deed to  Allah is making a Muslim happy.

No comments:

Post a Comment