Memang sensasi . Ikan berkepala babi. Orang-orang kita memang berminat melihat kejadian Allah yang pelik-pelik ini. Diakhbar banyak tersebar , di internet apatah lagi, di handphone berlambak . Tetapi malangnya sesudah musim ikan kepala babi berlalu, ‘penonton’ yang ghairah tadi akan kembali saperti sediakala tanpa mengambil ikhtibar dari kejadian tersebut.
Yang tidak menutup aurat/ tidak bertudung akan meneruskan kesombongannya. Yang tidak solat, akan meneruskan keangkuhannya. Apa lagi yang mengambil dadah, berjudi, berzina, menerima rasuah dan banyak lagi, mereka terus dengan keengkarannya.
Bolehkah Allah menjadikan perempuan yang tidak menutup aurat ‘jadi botak’ ? Bolehkah Allah menjadikan orang yang tidak solat ‘tiba-tiba lumpuh’. Bolehkah Allah menjadikan mereka yang menghisap dadah dan memperlekehkan ulama’ bermucung babi’. Semuanya dalam kemampuan Allah, Cuma Allah maha pengasih lagi penyayang. Allah menangguhkan hukuman itu supaya manusia cepat-cepat bertaubat.
Oleh itu , bila melihat kejadian-kejadian saperti ini kita sepatutnya banyak-banyak bersyukur kerana kita dianugerahkan Allah dengan banyak kelebihan dari orang-orang disekeliling kita. Saperti firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu besyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari ((nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih” (Ibrahim: 7)
Rasullulah s.a.w pula bersabda dengan maksud:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, siapa yang mengingati dianggap bersyukur. Siapa yang tidak mengenang budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat” ( HR At –Tabrani)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah –limpah dan dengan kacantikan , maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan” ( HR Bukhari )
Oleh itu kita sepatutnya mengambil pengajaran diatas kesusahan dan keganjilan yang menimpa orang lain agar terbit rasa kesyukuran didalam hati dan tidak mempersiakan anugerah Allah.
Kepada mereka yang sedang melalui ujian Allah s.w.t kita doakan mereka supaya disegerakan Allah bantuan dan ingatkan mereka dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Apabila Allah kasihkan seseorang , Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami )
Jadi satu ilmu penting yang kita perlu ajarkan pada anak-anak , keluarga dan orang-orang dalam lingkungan pengaruh kita ialah BERFIKIR , ajarkan mereka mengambil ikhtibar dari sesuatu kejadian dan pengalaman yang berlaku. BERFIKIR akan mengelakkan mereka dari kikir, fakir dan tercicir !. Terima kasih kerana sama-sama berfikir.
Quote of the day
People are lonely because they build walls instead of bridges
No comments:
Post a Comment