Thursday, March 21, 2013

USAHA ATAS IMAN


 

Keimanan ada pasang surutnya. Ada putarannya. Bertambah kuat iman anda bertambah lamalah putaran tersebut., bertambah lambatlah surutnya. Tetapi musim surutnya tetap akan tiba.

Allah sentiasa mendatangkan hujan dan rebut diperjalanan hidup kita untuk membersihkan dosa-dosa dan membetulkan landasan kita arah yang benar. Allah memberi petunjuk , peringatan jalan ke syurga kepada kita. Oleh itu bersabarlah dalam menempuh ujian.

Baru-baru ini saya menziarahi biras saya yang baru selamat menjalani pembedahan jantung. Alhamdulillah dia nampaknya beransur pulih dalam kadar yang segera. Adakah ini berkat doa dari isterinya yang tersayang ? Atau doa anak dan keluarga yang mengasihi beliau ? Atau berkat amalan-amalan baik yang beliau lakukan sebelum ini ? 


Walau apapun sebabnya , kita kena banyak –banyak bersyukur pada Allah, kerana lihatlah bertapa sayangnya Allah pada hambaNya yang kerdil ini . Walaupun kita sentiasa diberi peringatan , tetapi pada waktu yang sama kita diberiNya pertolongan.Kita beramallah dengan perintah Allah, kerana kemurkaanNya amat pedih. Amat menakutkan . Amat menggerunkan . Ampunilah kami Ya Allah  !

Quote of the day 

The journey of life is travelled only once ! So make taubat  for PAST , Syukur for PRESENT  and Dua for the FUTURE. Because DUA is the only element that change TAQDIR

No comments:

Post a Comment