Wednesday, March 20, 2013

INILAH KEHIDUPAN




Bila teman sudah tiada
Bila kehidupan sudah sampai kejalan buntunya
Bila dunia bukanlah syurga
Bila keyakinan tipis menghaba
Beritahu diri anda . Teruskan . INILAH KEHIDUPAN

Bila semuanya tidak terbilang
Bila cahaya sudah hilang
Dan terlalu susah untuk gemilang
Beritahu diri anda . Teruskan . INILAH KEHIDUPAN

Bila persaingan tidak lagi sopan
Bila anda ketinggalan dalam perlumbaan
Bila anda dikhianati dengan penipuan
Beritahu diri anda . Teruskan . INILAH KEHIDUPAN

Bila anda tidak dihormati
Bila anda bukan dalam golongan yang disanjungi
Bila setiap soalan tiada jawaban
Bila segala-galanya dalam kekeliruan 
Beritahu diri anda . Teruskan. INILAH KEHIDUPAN

Bila destinasi anda begitu jauh dihadapan
Bila anda sempit dalam dalam kecelaruan
Bila dikeliling anda cuma kesakitan
Bila usaha gigih anda tidak kecapaian
Beritahu diri anda . Teruskan . INILAH KEHIDUPAN

Walaupun segala ini berlaku
Kentalkan keyakinan padaKU
Hadapi dengan senyuman diserta doa restu
Segalanya akan berubah satu demi satu
Kerana segalanya dikatakan : INILAH KEHIDUPAN

Jika menoleh kebelakang begitu menyakitkan , dan memandang kehadapan begitu menakutkan, jadi lihatlah disamping mu, carilah pedoman. AKU akan bersamamu.

Quote of the day

And take a provision (with you) for a journey , but the best provision is at-taqwa (piety, righteousness) -Al Baqara 2:197

1 comment:

  1. can i share with you what i've written 2 years ago


    anpa Mu
    bagaimana ku redah sepi malam
    bila kekasih-kekasih menyisihkan cinta
    aku terbiar dan kalbu lesu menanti bicara
    memujuk rajuk yang panjang

    tanpa Mu
    bagaimana bisa ku merasa dingin embun
    menyusun tapak-tapak rindu
    menagih redha dan keampunan
    Kau yang melihat
    Kau yang mentafsir
    kesunyian ini

    aku malu
    aku ragu
    apakah pengakuan ini kudus
    dosa noda membalut hubungan kita
    mampukah aku meraih belas MU
    terimalah aku yang serba lemah
    lalai dan mungkar
    sepanjang penitian ini

    tanpa Mu
    alangkah kosong kamar-kamar hati
    Nama siapakah yang hendak ku bisikkan
    pagi, petang, siang dan malam
    nama siapakah hendak ku panggil
    tatkala musibah melanda
    tatkala nikmat mencurah
    nama siapakah yang akan membasahi lidah ini?

    ampunkan aku duhai Pencipta
    ampunkan aku duhai Pemelihara
    ampunkan aku duhai Penyayang
    beradalah di jiwa ini di setiap degup jantungku
    lindungilah dan teguhkan ikatan kita
    walau aku tidak layak untuk Mu
    sekiranya Engkau menyiksa ku
    aku adalah hambaMu yang dicipta
    sekiranya Engkau mengampunkan ku
    Dikaulah yang amat pengasih lagi amat penyayang..

    ReplyDelete