Bulan ini dah dua kali saya ke Johor Bahru . Kali kedua saya berjalan-jalan dihadapan bangunan Dewan Bandaraya Johor Bahru untuk melihat kearah Singapura. Saya berdiri berhampiran satu kolam dan terkejutnya melihat kolam berhampiran ‘bus stand’ . dihadapan Dewan Bandaraya Johor Bahru itu begitu kotor. Air kolam dicemari plastik, beberapa jenis serangga, jentik-jentik dan kotoran lain.
Di deretan bangunan lama yang berhampiran , banyak kedai-kedai tinggal ditutup dengan papan tanda ‘Johor Bahru Bandaraya Antarabangsa Sejahtera dan Berbudaya’. Pada hakikatnya ia adalah Bandaraya yang amat berbeza dengan Singapura walaupun dipisahkan dengan Johor Bahru jarak sejauh beberapa dayungan sampan sahaja.
Tetapi disini saya bukanlah hendak membuat perbandingan kebersihan diantara Johor Bahru dan Singapura. Saya ingin mengajak anda kepada persoalan yang lebih berat lagi ia itu penghayatan Islam. Kadang-kadang kita nampak dalam satu rumah , ibu menutup aurat, anak perempuan mendedah atau lebih teruk lagi mendadah.
Bapa ke Mesjid dan surau , sembahyang malam, anak-anak sembang malam. Inilah yang dikatakan ‘bunga setangkai tapi tidak sewarna’ . Ada juga ibu bapa berpendidikan agama, anak-anak tak tahu kemana. Ibu ayah berpelukan dengan jemaah ditaman syurga ( majlis ilmu) , anak-anak berpelukan dengan pasangan masing-masing ditaman bunga atau ditaman asmara. Memang bukan mudah untuk mendidik , mentarbiah anak-anak .Yang paling utama kita mesti sedar akan tanggung jawab kita masing-masing.
Maksud firman Allah s.w.t :
“Wahai orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya ialah manusia dan batu ( berhala)” – Al-Tahrim
Yang lebih penting lagi kita (ibu-bapa) mesti menjaga keimanan anak-anak supaya tidak sekali tergelincir. Maksud firman Allah s.w.t :
“Wahai anakku , jangan sesekali engkau mempersekutukan Allah . Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu suatu penganiayaan yang besar” . Al Tahrim ayat 6
Apakah asas penting bagi kita untuk mendidik anak-anak? Kepada yang berminat , saya ingin mengajak anda mencontohi Uqbah bin Abi Sufyan ketika menghantar anaknya kepada seorang guru dengan pesanan :
“Hendaklah perkara pertama ketika engkau memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matanya akan menurut matamu, yang baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk disisi mereka ialah apa yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang bijak pandai, tunjukkan akhlak orang-orang mulia, engaku boleh mengancam dia dengan diriku, perelokkan perilakunya tanpaku, jadilah saperti seorang doktor yang tidak memberikan ubat sebelum mengetahui penyakitnya, jangan kau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab akau telah menyerahkan diatas kesempurnaan yang ada padamu".
Maksudnya , kita sebagai ibubapa, pendidik MESTILAH memberi contoh yang paling baik pada anak-anak. Ada yang mengatakan anak-anak mendengar dengan mata, bukan dengan telinga. Jagalah jurang kerohanian dirumah kita,jangan sampai saperti jurang kebersihan antara Singapura dengan Johor bahru . Terima kasih.
Quote of the day
The only fear we have to fear is fear itself
No comments:
Post a Comment