Saturday, March 9, 2013

ROTI BENGGALI






Banyak golongan muda yang sudah tidak tahu apa dia “Roti  Benggali” . Perkataan Benggali yang sebenarnya berasal dari perkataan “Penggali” ataupun “Koperasi” dalam bahasa Tamil. Roti ini mula masuk ke Malaysia melalui George Town dan Kuala Lumpur ( sekitar 1880 ) . Sekarang Roti Benggali telah bertapak di Malaysia lebih 100 tahun.




Baru-baru ini saya terjumpa Kedai Roti Benggali ini di Johor Baru. Saya bersama seorang sahabat pun masuk untuk membeli beberapa jenis roti. Yang hairannya, ramai juga pelanggan lain yang keluar masuk membeli roti.
Apa rahsia Roti benggali ini boleh bertahan hingga 100 tahun lebih? Persaingan begitu sengit. Bakery moden bercambah sekeliling kota. Burger, Pizza dan semua yang sejenis, penampilan dan standard luar negara belaka.


Saya rasa mesti ada sesuatu yang diberi oleh Roti Benggali ini yang tidak ada pada roti-roti lain. Mungkin roti ini memberi rasa yang ‘original’ , memberi rasa yang tak banyak campuran kimia atau memberi persembahan yang bersahaja. Walau apapun Roti Benggali ini banyak memberi nilai tersendiri.


Begitu jugalah kita manusia . Kalau kita hendak mengajak manusia kepada kabaikan dan melarang mereka dari kemungkaran , kita mesti banyak memberi.Barulah mereka mahu berubah ataupun mendengar cakap kita.

Kita mesti memberi senyuman , memberi persahabatan yang ikhlas, memberi bantuan dalam berbagai bentuk. Yang penting kita mesti memberi, barulah kita berpeluang menyebarkan mesej kebaikan.Dengan cara memberi ini mesej Islam akan tersebar luas sehingga kiamat. Inshaa Allah .

Quote of the day

Mix with people with a good attitude


No comments:

Post a Comment