Dah berbulan saya mencari benih pokok Tenggek Burung ini, tak jumpa-jumpa. Akhirnya, Ahad lalu saya terjumpa dalam satu pesta ‘jumble sale’ di Rantau Panjang Kelang Selangor. Itu pun tinggal satu pokok sahaja.
Pokok ini juga dikenali sabagai cabang tiga atau tapak itek atau kiandang disetengah tempat. Kepada saya pokok ‘Tenggek Burung’ ini, selain dari pucuknya yang sedap dibuat ulam, ia juga lambing orang yang merendah diri, mengapa tidak? Pokok ini tidaklah ‘glamour’ saperti pokok hiasan atau pokok ulam yang ternama . Tetapi ia mempunyai khasiat yang banyak.
Diantaranya dikatakan ia boleh:
1. Mengecutkan rahim bagi wanita baru bersalin.
2. Menurunkan tekanan darah tinggi.
3. Menghilangkan lenguh-lenguh badan.
4. Melancarkan aliran darah.
Kalaulah manusia dapat belajar dari ciri-ciri rendah diri (tawadhu’) pokok Tenggek Burung ini tentulah tergulung kedalam hadis-hadis Rasullullah s.a.w berikut :
1. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian bertawadhu’, sehingga tak seorang pun menyombongkan diri kepada yang lain atau seseorang tiada menganiaya kepada yang lainnya ( HR Muslim)
2. Allah tidak menambahkan kepada seorang hamba yang pemaaf kecuali kemuliaan, dan tidaklah seorang hamba bersikap tawadhu’ kecuali Allah pasti mengangkat darjatnya( HR Muslim)
3. Kedermawan adalah ketakwaan , kemuliaan adalah tawadhu’, dan keyakinan adalah kekayaan. ( HR Ibnu Abi Dunya dan Hakim)
Kita pula diingatkan oleh Rasullullah s.a.w supaya jangan sesekali bersifat takbur, sombong dan angkuh. Hadis bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi” ( HR Imam Muslim dan Ibnu Mas’ud)
Oleh itu ketika kita dalam kelazatan menikmati ulam Tenggek Burung tersebut , cubalah renungkan pelajaran dan iktibar dari pokok tersebut, kerana orang yang bijak sentiasa menuntut ilmu walaupun dari alam sekitar untuk bekalan selepas mati nanti. Terima Kasih atas perkongsian ilmu.
Quote of the day
Experience is not what happens to a man. It is what a man does with what happens to him .
No comments:
Post a Comment