Semasa darah mengalir dijari, saya teringat peristiwa Saiditina Fatimah r. a terpijak pokok semalu semasa berjalan jalan bersama Rasullullah s.a.w . Baginda terus memperingati Fatimah r.a supaya menjadikan pokok semalu tersebut sebagai pengajaran pada kaum wanita.
4 PERKARA YANG BOLEH DICONTOHI WANITA DARI POKOK SEMALU :
1. Pokok semalu akan kuncup bila disentuh. Wanita pula mesti ada perasaan malu pada tempat yang sesuai.
2. Semalu mempunyai duri mempertahankan diri ( saperti yang saya alami tadi) .Wanita pula mesti mempertahankan diri dan maruah.
3. Semalu mempunyai akar tunjang yang dalam . Wanita solehah mesti mempunyai keyakinan dan kebergantungan pada Allah dengan kuat.
4.Semalu akan kuncup daunnya waktu senja. Wanita juga mesti segera pulang kerumah dan bukan berpeleseran sampai lewat malam.
Itulah konsep ‘landakmuda’ yang sentiasa mengambil pelajaran daripada alam.Terima Kasih
Quote of the day
Never blame any day in your life, good days give you happiness, bad days give you experience, worst days give you lesson.
No comments:
Post a Comment