Tuesday, March 5, 2013

JANGAN PENJARAKAN DIRI ANDA






Anda boleh terpenjara dalam kehidupan sendiri. Bagaimana? Kalau anda “terlalu banyak berfikir apa orang lain kata” dalam cara anda menghayati agama. Bagaimana anda berpakaian, makanan anda, cara anda bersosial dan kadang kala cara kita memanggil nama isteri dan anak anak. Perkataan ‘alim sangat -sangat la tu’ selalu berkumandang di kepala.

Banduan dipenjara telah ditukarkan nama mereka kepada nombor. Kita pula dengan rela hati menukar nama kita dari Khatijah kepada Katty, dari Jamil kepada James, dari Nasir kepada Nash dan lain lain.

Banduan dipenjara dipaksa memakai pakaian tertentu dengan warna dan potongan yang telah ditetapkan . Kita pula dengan sukarela tidak lagi menutup aurat dan mengikut fesyen orang orang Barat.Tambah teruk lagi orang orang Islam mewarnai rambut mereka hingga hilanglah identiti dalam individu masyarakat Islam itu.

Banduan yang terpenjara kadang kadang tidak dibenarkan solat atau membaca Qur’an . Tetapi orang Islam sengaja meninggalkan solat dan tidak membaca Qur’an, semata mata tak mau ‘tunjuk alim’. Dalam mesyuarat dan aktiviti lain yang diketuai orang Islam pun , kalau nak solat kena ‘curi curi’ solat.

Banduan juga tidak dibenarkan memilih makanan mereka . Malangnya umat Islam dengan rela hati memakan apa saja yang dihidangkan , malah malu untuk bertanya tentang halal atau haram sebab nak jaga ‘standard’.

Banduan juga sentiasa diarahkan berdiam diri, tapi kita selalu berdiam diri bila Islam dikutuk atau dipersenda. Semata mata kerana sudah dipenjara dengan perasaan malu dan takut.

Qur’an Al Baqarah : 41

“Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan ( Al Qur’an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu , dan janganlah kamu menjadi orang- orang yang mula-mula kafir ( ingkar) akan dia, dan janganlah pula kamu menjadikan ayat -ayatKu ( sebagai harga untuk) membeli kelebihan –kelebihan yang sedikit faedahnya, dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.”

Jangan jadikan diri anda terpenjara. Pakailah pakaian Islam tanpa segan silu, siasat  makanan halal tanpa rasa rendah diri, sebutlah nama anda yang sebenar tanpa mengaitkannya dengan selera Barat, solat pada waktunya dan bacalah Qur’an walaupun dalam bas, keretapi atau kapal terbang. Sayangilah Islam , banggalah dengan Islam dan merendah diri hanya pada Allah.

Quote of the day

You only live once, but if you work it right , Once is enough    

No comments:

Post a Comment