Manusia amat teringin untuk memiliki sifat positif hinggakan mereka banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli buku-buku bercorak ‘POSITIVE THINKING’ dan ‘SELF HELP’. Ramai juga yang menyertai kursus-kursus motivasi kearah sikap yang lebih positif. Tetapi kalau mereka merujuk kepada Islam , Al Qur’an dan Hadis Nabi s.a.w banyak memperkatakan tentang sikap positif tersebut.
Diantaranya Surah al Hujarat ayat 12 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kamu dari bersangka buruk dan sesungguhnya sebahagian sangkaan buruk itu adalah berdosa”.
Allah juga berfirman , maksudnya:
“Ibrahim berkata , tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah melainkan golongan yang sesat sahaja”. ( Surah Al Hijarat 56)
Satu hadis Qudsi pula bermaksud :
“Wahai anak Adam ..Jika dosa-dosamu mencecah awan dilangit , kemudian kamu meminta ampun kepadaKu, akan Aku ampunkan dosa-dosamu” ( Riwayat Tarmizi- Hasan Soleh)
Berkata Abu Hurairah r.a :
Bahawasanya nabi s.a.w bersabda , Allah telah berfirman :
“Aku mengikut sangkaan hambaKu. Maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku” ( Riwayat Ibnu Abid Dunya dan Hakimi)
Sikap positif ini bukan saja boleh melonjakkan keperibadian , karier dan perhubungan kita dengan manusia sekeliling, tetapi boleh memberi kesan baik terhadap kesihatan.Diantara kesan kebaikan atas kesihatan hasil dari pemikiran positif ialah :
1. Meningkatkan jangka hayat
2. Merendahkan kadar kemurungan
3. Menambah kuat alahan terhadap demam sejuk dan selsema.
4. Menambah kuat kekuatan fizikal dan psikologi seseorang
5. Mengurangkan risiko kematian dari sakit kardiovaskular.
6. Mempunyai kekuatan menghadapi kesusahan dan tekanan hidup.
Terjemahan dari : The beauty of Islam tumblr
Amalkan sikap positif ini dan lihatlah perubahan dalam waktu terdekat. In shaa Allah.
Quote of the day
Silent is the best answer for all questions and smiling is the best reaction to all situation.
No comments:
Post a Comment